Wednesday, February 1, 2012

Rasa nak pergi mandi manda

Hari tu balik kampung adik ipar dekat perak, singgah sebentar di air terjun belakang rumah dia. Sejuk. Rasa syiokk sgt sebab dah lama tak pergi mandi-manda. Tujuan pergi tu pon bukan lah nak pegi mandi, cuma nak tengok2 aje.Auf lagi la. Nampak air macam ape je teruja. Bagi lah can kat dia celup-celup kaki je dalam air. Malas nak kasi dia basah.


Now tetiba rasa nak bawak dia pergi mandi-manda cuti ni. Tapi tak mo pergi air terjun sebab laki aku kate takut ade virus kencing tikus (dia la yang kate) so, aku rasa nak pergi bawak auf mandi dimana ye? Rasa-rasa suggest lah kat aku kan mana tempat yang best. Kan best kalau ade blogger gath dekat tempat mandi-mandi lagi. hehehe.



:)

Saturday, January 21, 2012

Ape tu Polliwalks

Aku ni suka benda unik atau pelik2. Rasa macam best je. Dulu kalau zaman poli, aku sorang pakai pump shoes merah menyala atau pakai pump shoes putih dengan baju kurung. Sampai semua orang panggil aku 'misi'. 

Sekarang takde la nak pakai pelik pon. Dah jadi mak orang dah pon. Tapi tadi , tengok2 web ingat nak cari sandal auf. Nak tengok-tengok dulu kat web sebelum cari kat kedai. Sekali jumpa benda ni. Best gilaaa.... walaupon agak weird... tapi suka sangat. Cuma yang tak suka dia punya harga. Gila mahal kalau sandal anak rm139 kottt....baik beli adidas. hahahaha.

Tapi cuba korang tengok, cute ke. atau pelik?






Paling suka yang orange tuuuu....

yang lain boleh tengok kat sini http://polliwalks.com.my

Tuesday, January 17, 2012

A'uf latest picture

 Pakai baju favorite dia. :)

Haha. Dah pandai okeh nak senyum tengok camera. Bonda suruh smile nampak gigi, terus smile macam ni. Pipi pon dah lebam sana sini sebab lasak. Bibir tu pon atas bawah dah berdarah. gusi lagi luka. aduhai anak bonda. 

Nak buat macamana. Duduk atas bantal pon boleh terjun tergolek bedarah bibir. lepas tu tanya dia :
"amacam...sakit tak"
"atiiittt...dawwahh" (sakitt..berdarah)
"haa...tu la jangan naughty nanti nurse datang nak?"
"nanakkkk.....ocok ontot *sambil tepuk bontot*" 

Hahahaha.... kelakar. Tapi kan , apesal anak aku cakap pelat eh. Padahal kiteorang kat rumah semua cakap biasa je. Hari-hari cakap dengan dia macam orang dewasa. Tapi dia still pelat jugak eh...

:)

Thursday, January 12, 2012

Lawatan Sambil belajar

*Bukan entry pasal zoo negara ok*

Cuti hari tu , bawa Auf pergi zoo negara for first time. Sebab kitaorang rasa dia dah cukup besar nak memahami apa yang berlaku sekitar dia kan. Hehe.

gambar wajib ada

Aku rasa ramai dah bawa anak-anak ke zoo negara. Aku pon dah lama tak pergi. Rasa seronok juga. Lagi-lagi tujuan utama sebab nak kenalkan anak dengan haiwan secara lebih 'real' lagi daripada asyik duduk tengok di televisyen atau didalam buku kegemaran dia. :)


Untuk pembelajaran kali ini, bonda bercadang bawa buku ini untuk memudahkan lagi permahaman A'uf. Mungkin lebih soronok dari tunjuk-tunjuk macam tu saje kan.




Buku ni A'uf memang dah hafal dah. Dia tahu mane bear, mana tiger semua. Cuma sebagai kanak-kanak, mungkin dia tak boleh imagine macamana bentuk haiwan-haiwan ciptaan Allah tu secara live. 


 ok, auf this is giraffe , dia tengah eat. :)

This is elephant, your favorite animal. hehe. Dia tengah shower.
Kitaorang bawak dia tengok almost all animal yang ada dalam buku dia tu. Tengok animal, then compare dalam books dia. Sampai satu tahap , A'uf sendiri buka buku dia then tunjuk-tunjuk...

" A'ufff.....which one is this?" sambil tunjuk buku dia. nanti dia selak2 buku then tunjuk.
"niiiiii......." hehe. Good boy sayang!


Itu lah tujuan bonda. Supaya dia faham , bukan setakat hafal . So kawan-kawan , cubalah. Macam sekarang kalau tanya A'uf, dia akan jawab " elephant showerrrrr" hehehe. 




p/s : Sometimes learning can be more fun kan, just kita sebagai ibubapa mungkin kena creative. :)

Friday, December 30, 2011

Hope 2 Walk

Bukan semua orang bernasib baik macam kita kan. Aku taknak ulas apa-apa cuma aku sampaikan ni sekadar ingin membantu mana yang patut. Nanti aku rasa regret kalau aku berdiam diri aje kan.



Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum. Aku tahu pon haritu lepas keluar kat MHI pagi-pagi wardina cerita. Dan nak tahu tak...lepas berita tu keluar TV. Adik annissa dah pergi menghadap Allah. Aku sampai office dapat berita tu , aku rasa sayu sangat. Entah kenapa sedangkan aku tidak mengenali mereka.

Kutipan masih diteruskan sekarang untuk adiknya , annur. Jumlah kutipan baru mencecah RM75,000. Aku rasa kalau sorang sumbang RM1 , rakyat malaysia ade 27,565,821 orang. Korang rasa boleh tak? Jangan lah artis tangkap basah nak kawin sumbangan raffessia bagai tapi kalau benda macam ni semua senyap aje. Kenapa? Sebab takde nama kah?

Aku bukan nak emo, atau tunjuk baik. Tapi berfikiran dengan meletakkan diri didalam situasi mereka. 
Aku dah laksanakannya. Anda bila lagi. Ayuh kawan-kawan. Rm1 pon jadilahhh....


Wednesday, December 28, 2011

My Homemade popcorn

Aku takde la suka popcorn sangat kan. Sebab bila makan tu rasa nak tersedak pon ade. haha. Tapi hari tu balik kampung hubby, cousin dia ade cerita pasal buat popcorn kat rumah. Senang aje dia kate. Sambil dia cerita step by step tu aku pon hafal lah didalam minda kan. Macam malu pulak nak amik kertas dan tulis. Hehehe.... dasar malu tak bertempat pulak. :P

Dan sekarang ni kan dok sebok orang nak makan garrets popcorn tu kan sampai beratur panjang.

And.... ni aku nak share ngan korang....

1) Baca bismillah dulu ye.

2) cari bahan-bahan di hyper market terdekat.

-jagung kering
-brown sugar
-minyak sayuran / minyak jagung
-butter
-susu pekat



Okay...cara nak buat dia senang aje dong. Kena asing-asing tau nak buat popcorn tu dulu then baru buat dia punya caramel.


1) panaskan minyak jagung tu sampai betul2 panas. Aku guna periuk yang tak lekat punya, guna kuali pon boleh kot tapi nanti bawah2 dia senang hangit.


2)  Dah cukup panas. (jangan lah sampai hangit pulak) , ko masukkanlah jagung kering tadi kedalam periuk tersebut. tunggu macam ade bunyi goreng gitu, tutup dengan cover. Lagi satu best sebab cover periuk aku ni transparent , so senang aku nak pastikan popcorn dah meletup gitu. :)

3) Biar sampai dengar bunyi letupan didalam periuk. Hehe. Letupan manja je pun. Jangan bukak sebab nanti terpelanting ke muka korang. Hahaha. Auf suka part letup2 ni. Lepas tu sebok jerit "atuuutt...atutt" (translate as : takut! takut!) Hahaha.

4) Bila tak agak xde letupan berlaku maksudnya semua jagung itu dah menjadi popcorn lah. Disarankan agar jangan masukkan byk sangat jagung sebab segengam je dah boleh jadi banyakkkkk gilos! percayalah. Aku guna satu mangkuk ikea auf tu kan. Dapat banyak ni...


5) haaa...hambik kau. Tapi boleh tahan 3 hari  je kot dalam bekas kedap udara. Kalau rasa nak makan lagi , buat lagi lain kali.





ok , sekrang step buat caramel dia pulak. Resepi aku beger2 sendiri je ni tau. hahaha. Sebab aku tak pasti macamana nak buat yang sebenarnya.


1) meltkan butter , satu senduk. banyak takpe.
2) Masukkan brown sugar. Kacau . Api kecil. selalu kacau macam buat air gula nanti kang kering melekat pulak.
3) satu sudu susu pekat nak kasi lemak. cewah
4) air sikit. tunggu sampai macam berbuih2 gitu. masukkan popcorn tadi gaul rata kasi semua kena gula tu. Kena cepat2.
5) tutup api dan biarkan kat luar seketika sampai dia macam sejuk sikit. Masa panas tu gula masih melekat2 lagi.
6) Dah sejuk sikit masukkan dalam bekas kedap udara. Dan boleh makan dengan bergaya.


Ade video tapi takleh nak transfer pulak. Ok sekian.

p/s: aku rasa nak buh madu pon ok. Tapi takde, belasah je lah ape yang ade. 


Tuesday, December 27, 2011

After 2 years

Ahad lepas pergi celebrate birthday mamat Auf. Punya la dia excited sebab orang dah pandai dah kan. Dah tahu ape itu cake. Dah tahu ape itu 'bedetoyu' (birthday to you). Hehehe. So sebab cuti, bonda dengan ayah plan ajak semua family kami keluar makan-makan. Alhamdullilah semua dapat join , kecuali papa jai Auf kerana tengah bz berniaga. :)

Bonda tak beli present , jadi bonda belanja cake aje la. Bonda belikan Auf cake aiskrim , punya la asyik tanya dalam  kereta sepanjang perjalanan ke jusco bukit tinggi

"nen...nak cake!"
"nen...nak bedetoyu" *dengan goyang-goyang kepala*
*tengok seat belakang* "ehhh...cakee" pura-pura terkejut.... T_T


Sekarang memang suka guna perkataan "ehhh" . So sampai sana , semua tempat fully reserved sebab cuti kan. So makan je la tempat mane yang ade kosong. Pastamania. Makanan not bad tapi air dia sume fail! hahaha. Tak kena dengan tekak aku ok.


Auf memang happy je sepanjang masa macam tahu je tu special day dia. Entah. Asyik suka je. Sentiasa melemparkan senyuman menawan pada hari itu. :)



Lepas dah makan kiteorang pon keluarkan lah cake tu yang dah cair sikit kan, bagi Auf pegang pisau tu lepas tu nyanyi lah lagu birthday kat dia. Dia punya malu macam ape sebab semua orang pandang dia kan. Lepas tu pura-pura terkejut dan terharu (padahal dia dah tahu ade cake tu) T_T

poyo tak? hahahahhaa....


But after all, kiteorang have fun lah walaupun celebrate simple dengan family aje. Plan nak buat birthday dia tapi lambat sikit dalam bulan 1 gitu. Nanti kalian dijemput ya. :) And last, nak tunjuk gambar Auf posing dengan kereta-kereta miliknya. Hehehehe.


dan.....
Sofa merah ku yang dah kena conteng! uwaaaa!!



:)