Monday, September 12, 2011

Time after time

 berbuka puasa - Ramai seafood
2009
Semua masih ganteng dan mantap. Aku buncit preggy.

berbuka puasa - Steamboat antarabangsa
2010
Ramai terikut-ikut aku jadi buncit. 


berbuka puasa - ayam penyet ria
2011
budak kecik dah besar





love korang forever. :D

Friday, September 9, 2011

Banana - strawberry smooties

Sebab terfikir banana crusher dekat KFC.

so.




yum mmmehhhh!




:)

Tuesday, September 6, 2011

Auf dan pak ngah


Ni satu-satunya adik lelaki aku. Aku panggil dia boy aje. Pak Ngah A'uf. Kalau dalam keluarga dia adalah orang yang pendiam. Kena beleter dgn mak aku dia diam, kena laser dengan aku dia diam, nak cerita masalah apetah lagi. kadang aku geram jugaklah kan bila dia diam macam tak dengar ape orang cakap.

Adik aku tak bepelajaran tinggi. orangnya biasa-biasa aje. Dulu mase kecik selalu buat hal bagi ayah aku naik angin. aku dengan dia beza setahun lebih aje. so kami close. Dulu dia main api, aku pon main api. Dia main mercun cucuh baju aku, aku cucuh dia balik. Kiteorang main bakar-bakar belakang rumah, dia tukang cucuh lighter, lighter jatuh lepas tu meletup rambut dgn kening dia yang terbakar. aku tukang gelak. hahaha. Dan dia selalu kena penampar sulung dengan ayah aku, kena sebat, kena cekik, dan sebagainya tapi tetap nakal jugak. 

dan sebab tu jugaklah dia pernah ckp kat aku, dia rasa dia macam tak disayangi oleh ibubapa aku. dan bukan nak salahkan sesapa, tapi aku fikir, mungkinkah kekasaran ayah aku dulu meng'spoil'kan dia? mungkin jugak diri dia sendiri yang cenderung ke arah malas belajar itu.

ok.past is past. saje nak cerita pasal dia.walaupun begitu. Dia tak pernah bercakap kau-aku dengan aku. serius.

dan alhamdullilah. Rezeki dia boleh tahan murah. Dengan SPM tak seberapa dia pernah berkerja dia TV3 as lighting man.Sejak dari situ rezeki dia kira ok lah. cuma dia kurang rajin la bagi aku. haha. dan alhamdullilah baru-baru ni dia dapat menjejakkan kaki ke beberapa daerah di negara china selama 50hari. dan lepas ni mungkin ke Switzerland dengan kerjaya sebagai sorang lighting man cabuk panjat sane sini pakai suar koyak. hahaha. :P 

aku selalu beleter kat dia, marah2 dia , nasihat dia sebagai seorang kakak. dan jauh di sudut hati aku, aku doakan dia berjaya dalam hidupnya. Sebab aku sayang adik-adik aku. aku beleter tu demi kebaikkan. kadang-kadang aku pandang dia aku jadi sayu, entahlah.

Auf dan pak ngah dipagi raya.



:)

Monday, September 5, 2011

Happy birthday bonda

Bila datangnya hari ulangtahun sendiri, terus kaku tak reti nak bercerita berbanding pada hari ulangtahun rakan atau suami yang bermadah siap buat video bagai. hehe

OK.
Makin berumur diri ini, makin cuba menjadi yang terbaik untuk suami, anak dan keluarga. Makin boleh bertolak ansur. Makin berisi badan yang dulu selim melim. dan makin banyak impian yang cuba dicapai.

Suami pon bukan seorang yang romantik lansung. dah lama redho dah pon. hehe. sooo, no card, no surprises and no planning at all just a simple wish malam tadi itupon cakap laju-laju. haha. tak kesah lah asalkan dia sayang aku sudah. Im happy with apa yang aku ada walaupun touching sikit la sebab bajet berangan dia nak kasi surprise card mcm nora elena. kakakka.

So here i am,
di office bekerja seperti biasa dengan situasi biasa tapi dengan perasaan yang berbeza. I am one year older bebehh. berat badan pon dah naik due to makan byk mase hari raya. damnn.

and thanks to maxis sebab bagi call free for today. tp tak tahu nak call siapa pon. rugi je


ok bye!


kiss from Auf to bonda



:)

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya

Kepada semua sahabat, rakan taulan, rakan alam maya, dan sanak saudara serta sesiapa yang mengenali diri ini Selamat Hari raya daripada saya Yaya dan keluarga. Minta maaf zahir dan batin . Dont drink and drive. hehe. dannnn.... jangan makan terlalu banyak. ingatlah orang tersayang ok! :)

A'uf mikail testing baju raya.

Thursday, August 25, 2011

Auf - Setahun 8 bulan


Hari ni setahun 8 bulan. Sekejap je dah besar kan. Tak lama lagi nak masuk umur 2 tahun dah. Dan nak bujang. huehuehue. Anak bonda ni tetap maintain slim. Kaki kurus je. keding. Bulu mata je bertahan lentik. 


1) Tahap kerajinan teserlah - Dah boleh faham apa yang kita suruh, cth dia akan rajin gila nak tolong aku angkat baju yang dah lipat dari ruang tamu letak dalam bilik. Serius rajin. Kadang tak sabar belum kita abis lipat dia dah nak angkat bawak masuk bilik.

2) Tak suka camera - penatlah hai kalau nak suruh dia bergambar ke ape. Dia tunduk kebawah je kerjanya. Muka jambu tapi malu , camne?

3) Very protective - Dia akan segera selamatkan aku kalau aku pura-pura jerit kecemasan dari dalam bilik seperti "Aufff....tolong bondaaaa" , secara automatik boleh panjat katil ok!

4) Dewasa - Suka berlagak dewasa/bujang seperti melakukan aksi-aksi seperti jalan-jalan tanpa pegang tangan lepas tu main masuk je kedai mana-mana dia suka lepas tu kalau makan taknak bahagian yang kecil nak yang besarrr aje, lepas tu minum air nak dalam cawan orang dewasa, dan lain-lain lagi.


5) Words - dah tahu sikit-sikit word macam banana(nana),papaya(papaAaa), cheese(eessee), air , dannn semua last-last semua buah berwarna kuning macam manggo dia panggil banana. :P

6) Panggilan - Dah boleh kenal mana nenek atok sume. Dah pandai panggil ayahh(ini yang paling clear), miii (ummi/nenek) maa (nek ma) toba(tokbah) yayah(tokyah)cha(T'cha) naa(che'na) Boboi (pakcik dia) dannn yang paling penting dia panggil bonda 'NENEN'. sabau je la. Situasi macam pergi kenduri kawin lepas tu orang tanya "ehhh...sapa nama ni" then dia tunjuk aku dan cakap "ni nenennn" adalah perkara biasa berlaku.

Auf kan dah minum FM. tapi kalau dengan aku dia susah sikit nak minum. Bergaduh-gaduh gak la aku nak bagi. lepas tu dia mesti nangis sedih gila sebut nenen dan aku tak sampai hati terpaksa beralah sua la jugak nens kan. Ibu aku kata dia nak lepas gian je. Sebab kalau dengan ibu aku atau tinggal dengan ayah dia ok je boleh minum susu botol. aduhai.

sayang A'uf sangat.

:)

Wednesday, August 24, 2011

Aku nak tuntut

Sejak seminggu dua ni, aku dan budak-budak office dok sibuk collect milo punya pembalut semata-mata kerana ini:


Ok. Aku over. Aku excited lebih. 
Ini semua kerana budak kecik bernama Auf mikail tu. Sebab dialah habis seluruh warga kilang tmpt aku kerja aku tanya ada tak pembalut milo tu. yelah, dari dibuang kan boleh jugak reedem milo van mini yang super duper cute. walaweh la geram. Comel ok!

Aku siap guna cara kotor bila aku claim pembalut milo dengan meng-ugut warga nepal dengan bangla kat office aku ni untuk minum milo dan bagi aku pembalut tu. HarHarHar. Tapi hampa. Diaorang tak minum milo. Terima kasih kepada ibuk mertuaku sebab simpanankan pembalut ini.

Ok caranya adalah korang kumpul lah bar code milo as a point seberapa banyak sampai cukup 20 atau 40 point untuk reedem milo van kecil itu. Dan dia ade buat on store redemption dimana hari last sabtu ahad ni yang aku dah plan nak pergi sekali call customer service dia cakap dia dah cancelkan kaunter itu kerana permintaan yang tinggiii. ko tengok...ko tengok...bukan mak A'uf je yang beriya, mak orang lain pon beriya ok! So diaorang suruh claim by pos.




So harap-harap dapatlah yok. 


:)