Friday, August 19, 2011

Hati

Dulu,
Ibu aku pernah kata yang kalau di jari jemari/tangan kita ada tahi lalat , orang tu dikategorikan sebagai 'orang seni'. Masa tu aku berusaha cari tahi lalat pada sekitar tangan aku untuk membuktikan aku dalam golongan berseni itu. Walaupun hakikatnya tiada.

Tapikan aku memang suka seni dari dulu. Dan suka rekacipta. Masa tingkatan 1-2 aku pernah cipta satu rumah kotak untuk adik aku yang ketika itu seorang bayi comel. Dengan kotak TV abah aku baru beli aku potong2 , gam dan sebagainya berdirilah sebuah rumah kotak yang siap dengan tingkap kecil, pintu masuk ala-ala little tikes house dan mempunyai lampu kecil berbateri didinding rumah. 

Dulu,
Cikgu aku kata siapa yang ada banyak tahi lalat dimukanya dia adalah seorang yang sangat baik hati. Kira hatinya suci dan tulus gitu lah kan. Punya lah masing-masing dok kira berapa banyak tahi lalat yang ada di atas muka masing-masing. Dan kiraan itu terhenti pabila cikgu berkata :

"nak tahu kenapa orang itu baik? Kerana dia baikkkk hatiii sangat bagi lalat buang air atas muka dia"

Tertipu!

Actually , tak kisah lah dimana pun tahi lalat anda, pokok pangkalnya terletak pada hati itu sendiri. dan tidak semestinya tak ada tahi lalat ditangan itu anda buta seni. Korang pernah ke tahu yang eric leong casa impian tu ada tahi lalat dekat tangan?

Simptom lepas baca entry ni : korang mungkin akan try belek tangan atau muka korang nak kira tahi lalat kan.

selamat beramal!

:)

Monday, August 15, 2011

Blogger Boy


Okeh.
Orang lain dah letak gambar tapi Auf belum sebab bonda dia malas nak basuh baju ni nak kasi dia pakai. haha.Ok, inilah dia gambar budak kecik pakai baju blogger. Size ngam la kan sebab mamat ni kan kurus je. Sebenarnya nak letak gambar anak je tapi mak dia pon nak posing jugak kan. Ateee... blog maknya kan. hahahaha. Muka si kecik tu pon masam je sebab dia bosan asyik suruh amik gambar tak naik-naik lagi kereta.

Sampai pergi jalan2 tesco rawang sebab balik rumah nenek itu je entertainment yang ade, pakai lah baju ni ha. Sekali pergi ke KFC nak belikan mamat ni whipped potato (bonda puasa tau!) sekali mamat kaunter tu tegur.
"kakk...lelaki ke perempuan budak ni (sambil cubit pipi Auf) "

ni dah lapan juta kali orang tanya pompuan ke lelaki ni yang aku geram ni. tapi still buat muka manis dibulan puasa.

" boyyy dikkk"

"fuyyoooo...kecik-kecik dah jadi bloggerrr (sambil belek baju Auf)"

aku : ????

takpe-takpe...sabar-sabar... 

tak cukup besarrr kot tulisan "my mommy is HOT ...." takkan nak besarkan lagi kottt.


Ok. selamat berpuasa.


:)

Thursday, August 11, 2011

Gila tak??

Tetiba tengah sebuk save file sebab nak balik cepat sempena bulan puasa, kawan karib ai si mummydalie tanya aku :


" wehh....ni http://yayafrdz-mylifechapter.blogspot.com/ ni blog kau kan?"

" aah...kenapa"

"yang ni http://yayafrdz-mylifechapter.blogpot.com/ pulak?"

lepas aku click je link tu, serius meremang bulu roma aku sebab blog tu adalah pasal bible. Serius aku terkejut wehhhhh. Dah le nama aku kat atas tu haa.... terkejut berukkk jugaklah. Tp maintain cool dan siasat.

Sekali pandang macam sama kan. Sekali tengok bezanya cuma pada tajuknya. itu pun hilang satu huruf saje dari blogspot kepada blogpot. 

(right click untuk tumbesaran)

Gila kannn??? dan bukan aku sorang je tau. cube korang try kt blog korang . ubah blogspot tu kepada blogpot dan hasilnya ia tetap dilink ke situ. mengapakahhh?? Apakah ade maksud disebalik perkataan blogpot tuuu.

Kaum ni ada je cara dia nak mengsesatkan orang lain.


:(

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday_07




:)

Friday, July 29, 2011

Zakat pendapatan?

Dihari jumaat yang mulia ini. Ingin berkongsi sedikit info yang tak seberapa kepada kalian.Berapa zakat pendapatan untuk gaji korang. Zakat tidak membebankan. 


(right click to view larger)


Zakat membersihkan jiwa dan harta 

:)

Thursday, July 28, 2011

Apa yang kami perlukan ialah kata-kata semangat!



Kadang terfikir. Wanita emosi nya lebih banyak mengusai diri. Hati senang tersentuh. Air mata mudah mengalir.

Dalam kepenatan balik kerja , dengan kerja-kerja menimbun hingga memerlukan aku stayback hingga malam menjelma bukan mudah. Dengan tugas sebagai ibu yang susukan anaknya. Dengan kerja-kerja rumahtangga sebagai seorang isteri. Dengan part-time work sebagai pencari duit lebih untuk keluarga. Dan dalam semua itu kadang kala kita hilang percaturan hidup. Mulalah nak menginga tak tentu hala.

Tapi 
at least aku perlukan suami. Perlukan suami beri kata-kata semangat seperti 

"takpe eh sayang, esok kita buat sama-sama ehhh"

bukan seperti 

" dahhh tuu...nak buat macamana dah tugas ibu-ibu macam itu"

atau dengan membenarkan isteri pegi joli shopping 3-4biji baju. Hahahhahahhahahaha. 


 Kami para isteri tidak minta banyak, cuma sedikit perhatian. Itu sahaja. We can do everything, we just need support.
-HannahJohary- 




p/s: sesungguhnya kata-kata indah itu lebih baik dan menyejukkan hati. Selamat beramal.

:)

Wednesday, July 27, 2011

Gud luck babe!

gud luck kawan!
i know u can do it. Cant wait to see ur baby, hope betul la girl mesti cun melecun macam hang.
ko gelakkan aku ye dulu perot aku besar, perot kau lagi besar kot.

Macam teringat lagi masa aku dalam labour dulu. Tapi mase tu aku takde la sampai update dalam twitter macam kau kan. hahahahhaha. :P




:)