Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday _05







:)

Tuesday, April 26, 2011

Metroseksual ke?

Budak dah 16bulan ni macam-macam hal la dia dok buat. Ni sekarang obses kepada perfume pulak. Dia dok tiru atok dia pakai minyak atar dalam kereta, masuk kereta je jerit-jerit nak main minyak atar tu. Mula-mula pegang2 je, lama2 dah pandai bukak penutup, Sekali pandang dah pandai pakai pulak dah. Aduhai.



Ini lah dikatakan metroseksual. Tapi bukan pakai perfume , tapi minyak attar sampai wanggiiii satu badan. 

Yang tak boleh tahan, bau orang tua kot. Hahahahaha. :P


:)



Monday, April 25, 2011

16 bulan A'uf Mikail


Happy besday sayang. Sekejap saje awak dah besar. dah makin lasak. 
love u so much




:)

Wednesday, April 20, 2011

gila shopping

Aku memang gila shopping kot. Tapi takde la sampai tahap membazir. tapi kiranya shopping tu macam mengterapikan diri aku dari stress. kira nya kalau aku ade masalah , bila shopping macam terus gembira balik. Cikmok dah tahu dah pon, sebab setiap kali aku macam stress ke hape ke kan, aku ajak dia shopping. Pastu bila dah jalan2 shopping , nak beli mesti aku terfikir2 nak beli ke tak. haha. tapi kalau baju anak, takde fikir-fikir dah, nampak cantik je terus rembat. padahal dah berlambak kot baju Auf. asal ketat je aku beli lain.

Berbeza dengan laki aku tu, dia tu mana suka shooping sebab dia suka makan. Dia rela dok beli makanan mahal untuk makan.Contoh dia pernah order shark fin ke ape tah yang bagi aku tak sedap langsung dengan harga puluh-puluh untuk semangkuk kecil. pesanan dia pada aku bila makan jangan berkira, tapi aku tak suka makan sangat. Tak mencabar. :P

Selalunya aku la dok belikan laki aku baju-bajan dia, boxer dia, stokin dia bla, bla , bla. Dia tak mintak pon, tapi dia jenis tak kisah, kalau aku pilih cantik tu, bagi dia cantik la tu. haha. senang kan? cuma tang seluar je la dia cerewet sikit. entah, lelaki memang macam tu kot.

Tapi bila fikir balik , macam bagus lah kan kami ni tak sama minat. dah tu kalau la dua2 kaki shopping , aku rasa makan megi la kami sekeluarga kan. haha. tapi aku boleh kawal lagi la kan nafsu aku tu, sebab aku akan bajet banyak mana untuk berlibur tu dan guna maximum banyak tu jugak. takde la aku overspend. tapi yang pasti setiap kali gaji mesti ada atleast sehelai kot baju baru Auf.sebab alasan aku, nanti boleh passing kan adik2.

hahahahahhaahah. T_T

Ok,  tapi sekarang aku dah insaf sikit. :P


:)



Tuesday, April 19, 2011

tateh playgroup

Last sunday masukkan Auf satu class playgroup untuk baby-baby umur 12bulan hingga 18bulan. Bertempat di TTDI jaya, class start dalam pukul 10pagi. Tujuan utama aku masukkan Auf dalam class macam ni sebab aku nak tengok pergaulan auf, yelah kan dia kan ibu aku yang jaga , tak duduk nursery so takut dia kurang bersosial. Second is nak tengok tahap tumpuan dia, sebagai seorang budak lelaki yang lasak , aku tengok dia macam kurang fokus lah kan kalau kita try untuk ajar dia melalui flash card.

So pendaftaran untuk trail session di tateh playgroup ini cuma rm30. Alah, takpe lah kan laburkan sedikit duit gaji bulanan untuk anak kan. so aku decide nak try juga. Kalau OK, aku akan teruskan dengan sesi-sesi seterusnya. lagipun tempat dia berdekatan je dengan rumah. 

Class untuk satu sessi hanya selama 2 jam. mengikut module masing2 dan peringkat umur.

Ok, nama saya Auf, saya 16bulan
Rakan sebaya

PARACHUTE AND BUBBLE PLAY
 

Dengan attend class macam ni, atleast weekends sekali sekala dapat dedahkan Auf dengan pembelajaran. 


berminat ? boleh klik http://tatehplaygroup.blogspot.com/.  sorry aku takde share eh. haha. aku hanya share dengan kawan-kawan. And sharing is always caringggg bebeh. 




:)

Friday, April 15, 2011

Korang memang rock!

 *aku lah tu yg paling over*
Ambil gambar ni sebab tengok ramai nau orang amik gambar camni , so nak test best ke tak. Cumanya, sakit pinggang woooo. haha!


Sahabat yang dah macam keluarga dah. Dah kenal hampir 12tahun. Tapi perangai over tu tak pernah berubah. Kadang kala aku rasa macam korang la tempat aku luahkan gembira, luahkan sengsara. Thanks sebab jadi part of my life. cewah!


Serius sayang korang.




:)

Thursday, April 14, 2011

Bahasa melambangkan bangsa

Satu petang lepas balik kerja aku bawa Auf ke taman permainan dekat dengan rumah. Auf macam biasa akan teruja gila bila lihat kanak2 lain berlari - bekejaran kesana sini. Yelah, seharian duduk rumah je kan.
Ada beberapa budak kecik dalam lingkungan umur 5-6tahun tengah bermain sambil berborak sama sendiri. tiba-tiba,

budak A: wehhhh...kau babi la pijak kasut aku ahh...
budak B: kau la babi... puki.
budak A berlari sambil jerit: banggangggg.



apa pendapat korang , kalau korang berada dalam situasi tu dengan masa sama anak korang yang tak tahu ape2, berada disitu terpingga2 dengan gelagat budak-budak disitu.

seriously aku tergamam.sebab aku macam tak aspek plak kan budak kecik tadika akan sebut macam tu. biasa budak dah sekolah rendah atau menengah. aku rasa macam terus takut. takut dengan perubahan masakini budak2 zaman sekarang.
Kesimpulannya disini, siapa yang perlu disalahkan. Kawan2 anak itu atau ibubapa? kita pon bukan ada sepanjang masa bersama anak bila anak berada dirumah asuhan. Aku berdoa agar anak bujang aku, auf..dan anak2 aku yang akan datang jangan mudah terpengaruh dengan benda2 sebegitu. Mungkin aku akan laksanakan tindakan 'cili mulut' jika terdesak. haha!
kerana mulut badan binasa. :)

dan

sebab tu aku selalu pesan suami aku, kalau maki dalam kereta berdepan dengan anak ketika dia memandu, jangan sebut perkataan kesat. Kerana takut nanti kuah akan tumpah pada nasi, atau bonda 'cili mulut' ayah kalau terdesak. 

renung-renungkan dan selamat beramal.

:)