Wednesday, April 13, 2011

Perkataan 'Ya Allah'


A'uf mikail ni memang pelik tau. Suka buat sesuatu perangai yang macam pelik tapi kelakar jugak dalam masa sama. Selalu kejadian kelakar tapi pelik tu berlaku dengan tiba-tiba.

Auf ni kan lasak kan. Jadi aku selalu lah dok membebel kat dia, pagi petang la aku bebel lagi-lagi kalau cuti umum tu ha. Dia kan suka sepah-sepahkan baju yang aku lipat la. baling ball dia keluar dari khemah dia, lepas tu rumah bersepah macam taska. Lepas tu datang mood tak baik dia mula la nak suruh dukung dia sambil tengok pocoyo. Tak larat mak noks.

So, aku ni selalu jugak lah macam marah2 manja kat Auf ni. Macam "heeppp, heppp" "no...nooooo!" tu adalah antara perkataan biasa yang aku gunakan. Dia? bukannya takut pon. Senyum saje bila kita marahkan dia. Sehingga satu hari tu  kami realize yang dia hanya takut kan satu perkataan iaitu "Ya, Allah" contohnya marah macam ni. " Ya Allah , aufff...kenapa kamu baling ni" dan dengan serta merta terus cebik mulut dan dia akan menangis. 

hairan bukan. 

Dan sehingga sekarang kami gunakan ia sebagai medium untuk memberitahu yang dia ade buat salah. Senang aje, sebutkan perkataan itu. At least ade juga benda yang dia takutkan.
Hahaha!







:)

Tuesday, April 12, 2011

Another kids on the block

Welcome Auf's new cousin. Ahmad. 
Parents dia blom lagi decide ahmad ape so far panggil ahmad aje.

So , this is ahmad



p/s: raya nanti bertambah lagi satu sampul angpau. hehehe.

:)

Monday, April 11, 2011

Cinta hingga hujung nyawa

Tiba-tiba aku rasa macam jiwang, rasa macam terfikir. bagaimana rumahtangga aku satu hari nanti. tatkala anak-anak sudah dewasa. tatkala masing-masing duduk berjauhan bila aku adalah berdua kembali dengan cikmok. tatkala kedutan di tangan, kaki dan muka mula menular. Tatkala langkah tidak lagi selaju wanita muda.

macamana ye?

Mungkinkah cikmok akan jalan berpimpin tangan lagi. berpeluk2 bahu. bergurau senda macam muda-muda dulu.atau shopping sambil tanya-tanya baju tu sesuai ke tak dengan aku ketika itu.

Macamana ye?
entry ni aku tulis sebab, gambar dibawah ini.


aku jumpa warga emas ini disatu shopping mall baru-baru ini. Si isteri agak tak mampu untuk berjalan mungkin sebab sudah tidak larat. si suami dalam lingkungan usia yang sama, memeluk erat isterinya berjalan sekitar shopping mall sambil cerita2. Muka isterinya memang nampak ceria. Mungkin gembira.

lalu aku tunjukkan kepada cikmok.

"you..cuba tengok nenek tu"

"mana" sambil menoleh.

"sweet kan?"

"hurmmm...."


"Nanti i dah tua, u nak tak jalan pegang tangan i ni lagi"



diam.



Yang penting aku harap, cinta kami hingga ke syurga!

:)

Friday, April 8, 2011

Suri qarissa

Suri qarissa 

Semalam melawat budak kecik ni dekat klang. Anak kawan aku masa kerja tempat lama dulu. Walaupun kami dah tak kerja satu tempat , tapi kami masih lagi berhubung.Suka bau baby, macam nyaman je bau dia. haha

Nama suri qarissa tu bagi aku macam comel, macam ayu gitu. hehe. Pandai ummi-abi nya pilih. pipi baby pon tembam aje. geram. Auf pon sama geram, dia siap meronta-ronta nak picit baby tu semalam. bersilat-silat aku menahan dia Auf yang beriya-iya nak picit baby. Siap panjat trolley suri ni ha. haih. Sorry la fara eh, anak ai ni lasak sikit. heee...

Apa-apa pun welcome suri, semoga menjadi anak yang solehah, pandai dan sihat. Kepada umminya, selamat berpantang, rasakanlah minum air kunyit . muahahahaha. dan kepada abi nya, take care ummi dan baby kau eh.


p/s: boleh plak aku lupa bawak camera. sebok siapkan bekalan Auf tertinggal camera. haha



:)

Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday _04


:)

Tuesday, April 5, 2011

T-shirt design for another blogger gath

Actually , memula macam serba salah pulak nak publish design sebab diaorang dah proceed untuk order. Tapi sebab my passion in design kan ,aku macam rasa tak best kalau aku tak joinkan diri dalam agenda ni. Harap takde la kes kecik hati ke ape kan. Its just for fun. Lagipun aku bukan lah pro mana pon. Bagi korang cuci mata. Ikhlas dari aku untuk kawan2 lain. :)

so ini antara design yang aku buat. Firstly aku nak cakap kenapa aku suka tshirt in black, satu sebab baby pakai cepat kotor lebih2 lagi anak aku, sehari 3-4helai baju tukar. Dan satu lagi boleh match dengan semua design.

Okay ini model tak berbayar. T_T


dan ini designnya



-sila right click untuk besarkan image-
Okay, itu saja, sekian terima kasih.
simple je kot.
p/s: hot blogger mom tu di cadangkan oleh puan hannah johary. :D



:)

Friday, April 1, 2011

Bukti Tom&Jerry pernah berkawan satu ketika dulu

Gambar-gambar dibawah adalah bukti kukuh yang tom&jerry pernah berkawan sebelum mereka sama-sama bergaduh. Semua dibawah adalah untuk hiburan semata-mata.


betul kan?
Sekian terima kasih


gambar-gambar berikut adalah hasil daripada adik saya . Aku tukang edit je la.
 Itu binatang peliharaan dia, bukan saya. hahaha. aku geli je dgn tikus tu.



:)