Tuesday, April 5, 2011

T-shirt design for another blogger gath

Actually , memula macam serba salah pulak nak publish design sebab diaorang dah proceed untuk order. Tapi sebab my passion in design kan ,aku macam rasa tak best kalau aku tak joinkan diri dalam agenda ni. Harap takde la kes kecik hati ke ape kan. Its just for fun. Lagipun aku bukan lah pro mana pon. Bagi korang cuci mata. Ikhlas dari aku untuk kawan2 lain. :)

so ini antara design yang aku buat. Firstly aku nak cakap kenapa aku suka tshirt in black, satu sebab baby pakai cepat kotor lebih2 lagi anak aku, sehari 3-4helai baju tukar. Dan satu lagi boleh match dengan semua design.

Okay ini model tak berbayar. T_T


dan ini designnya



-sila right click untuk besarkan image-
Okay, itu saja, sekian terima kasih.
simple je kot.
p/s: hot blogger mom tu di cadangkan oleh puan hannah johary. :D



:)

Friday, April 1, 2011

Bukti Tom&Jerry pernah berkawan satu ketika dulu

Gambar-gambar dibawah adalah bukti kukuh yang tom&jerry pernah berkawan sebelum mereka sama-sama bergaduh. Semua dibawah adalah untuk hiburan semata-mata.


betul kan?
Sekian terima kasih


gambar-gambar berikut adalah hasil daripada adik saya . Aku tukang edit je la.
 Itu binatang peliharaan dia, bukan saya. hahaha. aku geli je dgn tikus tu.



:)

Thursday, March 31, 2011

Saya juga bukan ibu yang cacat

Aku terpanggil nak buat entry pasal ni bila pagi2 terbaca pasal cerita INI di blog dan FB hannahjohary.



Mula-mula baca aku berasa geram, geram befikir yang ada juga hamba Allah yang akan berfikiran macam tu.Ramai ibu-ibu diluar sana yang melenting, geram, marah , bekecil hati bila statement itu dikeluarkan. Ada diantara mereka menjadi down, menyalahkan diri masing2 kerana tidak dapat memberi yang terbaik untuk anak mereka sedangkan mereka mengetahui tentang kebaikan susu yang dinamakan susu ibu itu. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak sendiri bukan?

Bagi pendapat aku, dia tidak berhak untuk berkatakan sedemikian. Dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kita, kita patut bersyukur dengan menyebut Alhamdullilah, bukan dengan mengdownkan orang lain, sehingga puluhan orang berasa kecil hati, tarik muka dan rasa rendah diri.

Aku adalah seorang ibu yang menyusukan anak. Aku bangga walaupun aku hanya berjaya fully selama 8bulan pertama dan meneruskan sebahagiannya sehingga sekarang. Aku turut lalui macam2 dugaan dalam menempuhnya. aku tak pernah kritik sahabat lain yang tak beri susu ibu, malah sama2 mendorong mereka dan keluarga aku yang cuba untuk menyusukan. kerana aku takut, satu hari nanti Allah tarik balik nikmat menyusukan anak lagi....aku takut. 

Bak ibarat, kerana mulut badan binasa.

Dalam kes rodziana tu. Dia dah minta maaf, tak apelah, tapi mungkin akan mengambil masa untuk ibu-ibu lain untuk melupakan tuduhan 'ibu cacat' yang dia berikan kepada mereka. Termasuk kepada aku yang memberikan separa FM kepada Auf. adakah aku juga cacat. Ini bukan dorongan namanya. 

Aku memang tabik la dekat  ibu yang menyusukan anak fully & bekerja. Aku rasa mereka hebat. Aku kagum dengan ibu yang boleh pam susu sampai 9oz penuh satu botol besar sedangkan aku hanya botol kecik diperlekehkan tapi tolonglah jangan sampai riak. Ingat, Allah tu maha kaya, diboleh tarik balik bila2 masa.

Kepada ibu yang tak dapat susukan anak , percayalah anda bukan cacat, cuma kurang bernasib baik. Mungkin nasib anda lebih baik kelak, siapa tahu kan? 

Dan kepada ibu yang dikurnia kan susu yang banyak itu, teruskan usaha murni anda, anda adalah hebat dan yang penting, besyukurlah kepadaNYA, jangan riak.



 p/s: mulut orang bukan boleh tutup pon

:)

Wednesday, March 30, 2011

Wordless Wednesday _03

Tuesday, March 29, 2011

Soto Baik punyaaa

 Suka makan soto tak? Aku takde la suka sangat , tapi sebab dia adalah sejenis sup, so aku suka sup. Soto ni orang kata asalnya dari insonesia, tetapi kemudiannya tersebar ke bahagian johor. Entahla , aku bukan tahu sangat pon.

Ahad lepas aku balik ke rumah parents aku di Ulu Yam. Tengah lepak2 tengok tv, ayah aku cerita pasal satu tempat makan soto yang dia kata sedap-sangat-tak-henggat. T_T , dan kami pon bersiap2 untuk ke sana. Maklumlah, kalau bab makan ni memang laju la beb.

Bertempat di bandar kuala kubu baru, sebaris dengan bank simpanan nasional kedai soto tu sangat la sempoi berada ditengah2 antara kedai2 makan yang lebih besar. Kalau sekali lalu korang takkan perasan punya yang ada satu kedai tersorak disitu.

KKB stand for Kuala Kubu Baru


Ok, dia memang ada banyak makanan lain. tapi bak kata ayah aku, specialties dia adalah soto. Soto mihun, soto nasi impit, soto su'un, bla..bla...bla... apa lagi kami pon order soto lah.



Yang menjadi masalah nya ialah, portion dia adalah kecik sikit dari biasa. Mungkin sebab dia buat sup yg sangat-sedap-tak-henggat, maka dia catu la sikit supaya pelanggan rasa nak beli 2-3 mangkuk..mungkin!

Dan ia adalah masalah besar kepada cikmok kerana setakat portion banyak tu umpama nila setitik rosak susu sebelanga, haha! takde lah, bagi cikmok ia adalah setakat minum segelas air saja. tak cukup beb!

Rasa dia adalah sedap. aku rasa sup dia tu macam sup tulang sikit. ade serdak2 daging gitu. tapi sedaplah bagi tekak aku kan. Pelanggan kedai dia pon ramai. Aku rate tahap best soto ni 4/5 bintang.


So, kalau pergi ke kuala kubu soto corner ni . Hahaha. macam iklan pulak. :)
.

Monday, March 28, 2011

Kad pengenalan

Sebelum Mykad, kita semua memakai kad pengenalan jenis plastik yg laminated tu kan. Ha , yang tu la. Masa amik gambar untuk kad pengenalan tu masa tu kita darjah 6. Muka masa tu  innocent gila lah.

Gambar aku dalam kad pengenalan tu adalah sekeping gambar bertudung ayu , dengan muka separa senyum. Ok, masa tu aku bertudung sebab ibu aku yg suruh, dia kata biar gambar ic bertudung supaya satu hari nanti kamu tengok balik gambar ni dan kamu akan benar2 bertudung. :)

Dan kalau korang nak tahu, aku ada simpan lagi cebisan kad pengenalan dulu tu. Sebabnya , aku sayang gambar innocent aku tu. Masa buat kad pengenalan baru, aku siap2 cakap dengan  kakak kat kaunter tu. boleh ke aku nak simpan cebisan tu, dan kemudian dia pon bagi. :) 

*kat bawah dagu tu bukan tahi lalat tau, itu kesan stapler T_T*

tapi cebisan je la, separuh lagi dia kena mansuhkan. Tapi kesimpulannya, kalau dulu aku tak mintak sure aku menyesal sebabnya satu , aku takde gambar yang ni lagi sebagai simpanan dan kedua, aku kagum dulu kulit mulus gila. muahahaha.


Korang ada simpan tak?



:)

Wednesday, March 23, 2011

Bulu mata palsu!


Gambar ni aku captured petang semalam lepas balik kerja, masa tu Auf tido. Seriously aku cam takut plak tengok bulu mata anak aku makin hari macam makin panjang jerk. Haha! CIkmok cakap, mana ada. Nampak macam normal je. :)

Ok2... gambar diatas tu ada la aku edit sesikit. tapi janji, memang bulu mata dia panjang weh. Aku tak pasti dia ikut gen sape. Sebab aku dan suami bulu mata sedang2 aje.

 Ini lah dinamakan anugerah Tuhan kan. 


Alhamdullilah.


:)