Tuesday, March 22, 2011

Budak bernama Ammar

Dulu, masa anak dara's , aku selalu lepak rumah cousin aku sorang ni. Masa tu dia baru anak sorang, Ammar namanya. Aku ni memang jenis suka baby kan, so sebab aku memang suka lepak layan2 baby, gomol2 cium suma la. Aku lepak rumah cousin aku ni. Layan budak cute nama ammar. Aku pernah buat entry pasal dia dulu. Mana tahan, lagi2 tengok budak gebu macam ni... Geram kuasa lapan lah aku. Haha. :)

gambar tahun 2008

Sekarang ammar dah besar. Dah susah untuk digomol2. Biasa la , anak muda kan. Dah pandai makan sendiri, dah pandai bawa diri. Dan dah ada adik dah pon. Sesekali aku terfikir, cepatnya masa itu berlalu. Cikya pon dah ada anak.  Dah boleh kawan dengan ammar dah pon. Dan nanti, bila dia dah sebaya ammar, mungkin dia pon dah taknak digomol2 macam sekarang.




Ok takpe, masa tu dah boleh proceed untuk anak yang boleh digomol kot. :)

Monday, March 21, 2011

Si pelengkap suami

Otak wanita memang sentiasa aware dengan benda remeh temeh. Susun atur rumah, warna cadar mesti macthing dengan sarung bantal, langsir mestilah warna sekata dengan warna dinding dan sebagainya.

Sebagai seorang wanita, kadang kala aku rasa macam kita ni terlalu banyak nak kena fikir. Kita bukan nya kerja menggunakan tenaga, tetapi kita akan cepat penat kerana kita terlalu banyak berfikir.

Aku tak kata yang si suami tak suka berfikir , cuma bezanya mereka akan berfikir dari segi2 yang besar2 sahaja seperti bagaimana menjana pendapat mereka untuk tanggung keluarga, contohnya. Dan si isteri pula kepanjangan berfikirnya adalah seperti memikirkan pakaian anak untuk bercuti 4hari 3 malam, berapa helai pampers yg perlu dibawa, apakah baju yang dibawa sesuai untuk cuaca yang mungkin akan berubah2 pada waktu percutian itu.

betul tak?



Ni ha, Sebab ditinggalkan dengan ayahnya, baju hijau seluar biru selambe ah ayah dia pakaikan. Hehe. Ayah malas fikir la tu. Kadang tengok rasa kelakar la pulak kan.

Disebabkan itu lah aku adalah pelengkap cikmok. :)

Wednesday, March 16, 2011

Wordless Wednesday _02



:)

Friday, March 11, 2011

Cerita petang hari

Disatu petang yang hening, perbualan antara aku dengan seorang sahabat berlainan bangsa dan agama membuatkan aku terfikir , dimana betapa besarnya kuasa Tuhan.

"eh , yaya... you masih brestfeed ur baby meh. Sudah berapa lama"

"baby ai 14month , yalah... susu ada lagi maa... bagi saja lah"

" ei , actually ha, u jgn terlalu lama bf your baby tau, its not good, i mean not good for mother"

"y? "

" My auntie lah kan, dulu first child dia kan , dia bf for about 1 year plus u know, then ha... later , her nenen ha, become small, then smaller... even i lihat ha, macam nak flat weii"

"serius haa?"

"betullll, then dia dapat second baby , then dia bf for less then 6month kan... dah OK already. Dah tak flat... "

diam. T_T



Itulah beza antara agama dia dan agama kita.
Even ia adalah benar, perlukah kita sayangkan badan kita dengan menyekat hak anak. Hak yang dah menjadi ketetapanNYA.




Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


:)

Thursday, March 10, 2011

A'uf - studio photoshoot


Dulu , uncle arm&uncle ikhsan yang shoot gambar ini



Dan sekarang setelah model dia dah keluar dari perut. Dia dah lebih femes dari bondanya.


Nampak tak punya la bersiap sedia berdiri kat sana tu ha. Ada ciri-ciri dah ni. Tapiiii..... model ni lasak sangat la pulok. sampai berpeloh2 la photographer tu. hahaha. apa2 pun sedikit sebanyak ada juga gambar2 yang menarik dalam banyak2 yang tak ready tu. Hehe.


Nampak mudah bukan? mengambil gambar budak lasak adalah sangat susah ok. ! 


Hasilnya




enjoy the picture. 

:)

Wednesday, March 9, 2011

Wordless Wednesday _01




:)

Friday, March 4, 2011

Satu ketika dulu



Sehari dua ni aku macam agak sedih kot. Sebabnya, aku rasa macam diri aku selalu dipinggirkan dalam sesuatu hal. Rasa manusia tak adil. Rasa nak lari jauh2. Rasa terkilan telan air liur. Siapalah aku nak menentukan kedudukan dan darjat aku sendiri kan. Hati dan perasaan bukan siapa yang tahu pun.Siapalah aku.


Orang takkan faham sebab tak berada ditempat kita. Dan kita juga tak berada ditempatnya. Apa yang boleh aku buat yelah, munasabah diri. Cuba keluar dari kotak selesa. Upgrade diri.
Ruang yang baru mungkin. :)


Aku redho, setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya. Mungkin sinar menanti kemudian nanti.

Alhamdullilah.....

Serius, aku redho.


p/s;tajuk takde kena mengena. haha

:)