Updates : Email Change
12 years ago
- Gunakan pendekatan psikologi dengan cara memujuk dan menerangkan kepada si anak kenapa dia perlu makan ubat - ( terang la macamana pun dia bukannya faham lagi dan tetap terus menjerit)
- Ada juga cadangan supaya mencampurkan ubat dengan susu yang diminum oleh si anak tersebut - (lagi la , kang susu berubah warna lain lagi la dia taknak minum susu pulak)
- Guna taktik letakkan ubat bersama makanan kegemarannya, bila dia nampak makanan kesukaannya, pasti dia cepat nak makan ubat - (tak pernah try)
- Dalam kes-kes tertentu, langkah berjaga-jaga juga sediakan ubat yang boleh disumbat melalui dubur anak sekiranya demam yang dialami terlalu tinggi dan si anak pula susah nak makan ubat - (memang sentiasa spare ubat ni)
- Cara kekerasan. - (dimana cara ini lah yang paling berkesan pada aku sekarang, kepit dia bersama orang lain, donggakkan sikit masukkan ubat guna sringe sikit2.lepas habis tepuk2 tgn cakap good boy pelok2 dia. )