Friday, January 7, 2011

Genting - strawberry park

Benda dah lama , tapi nak cerita gak. huhu

Hari ni bonda nak cerita pasal strawberry park yang ada kat genting. Korang tau tak genting dah ade park ni ... dia tiru macam cameron.... aku pon tak pernah pegi sebelum ni...padahal ummi&tok auf kan duduk kat ulu yam, dekat gileee kot dengan genting.... tapi tu lah, walaupon kamiorang duduk ulu yam .... air terjun ulu yam tu dah berkurun kami tak p mandi.... dan genting yang sekangkang kera tu pon tak berzaman kot tak pergiii....bak kata pepatah, yang dekat tinggal2 kan...yang jauh rindu-rinduan...... eh, kena mengena ke?



OK,
personal opinion aku la kan.... takde la best sgt pon.... apa yang best adalah lepak situ minum2 dalam udara yang sejuk-mejuk....manyakkk syiokkkk woooo..... Auf pon macam diam2 je dalam stroller , sebab syiokkk sejuk2 ni... hehe. Kira tahap best dia aku boleh bagi 3/5 kot. hehe. alah, lagipun masuk pon free kan. Cuma kalau nak makan strawberry ke la bayar ye puan2.


Ok,
Selain dari tu ade jugak ais krim malaysia strawberry. yang ni aku tak sempat nak rasa. sebabnya aku ni sebenarnya alergik pada sejuk. haha. so mase kat sana sejukkan, jadi mmg takde la aku nak makan benda sejuk2 lagi kan. mau kena renjatan elektrik karang. haha. tapi tertahan2 gak la tgk aiskrim strawberry dorang tu...... Dan ape yg aku cuma makan adalah strawberry cecah coklat.... itu pun sebab nak perasaan ala-ala siti nurhaliza kan. =))


Dannn.... sebelum korang melangkah keluar dari farm tu... ade la bahagian2 jual2 kat sinun. Dimana dia ade jual tumbuh-tumbuhan seperti keladi, keledek yg fresh ..... sayur2...tomato.... baju-bajan dan macam2 lagi la.

Ok, jikalau ade sesape nak pegi jalan sejuk2 tapi dekat sikit,boleh lah try pergi kesini. Takde la jauh sgt kan. dan singgah la umah parent aku kat ulu yam tu...and mana tahu aku ada disana aku folo korang g atas sana...huhu.....





:)

Thursday, January 6, 2011

THE BLOGGERS GATHERING!


Untuk entry yang lebih panjang  sila pergi ke link ini HannahJohary



Place: Mid Valley Megamall - in front of Cosmic Bowl, Level 3.
Date: 16th January 2011 - Sunday.
Time: 10am.


Hahaha...tak tahan siap buat poster movie bagai. haha. gila semangat nih... Ni pun nama2 aku main petik je la kan. Sesape takde nama kat poster jangan la kecik hati dengan bonda ye. Hihi.  Kamu2 pon boleh datang, sebab bonda bukan organizernya pon. Hehe. Poster tu saje je poyo bonda buat untuk entry ni je. Hihi.

Ok. Bonda pun just tolong kawan2 promosi.
and insyaAllah bonda akan pergi jika tiada aral melintang.




:)

Wednesday, January 5, 2011

A'uf first taste of 100plus

Sila jangan cakap aku bonda kejam. Haha. Disebabkan dia asyik dok nangis je nak gak Air 100plus yg tgh aku minum.... aku pon bagi dia try sikit.... haha. Cecepat aku capai camera , try snap .




Hahaha! lawak gila. dia pelik kot rasa 100plus tu. :)



:)

Monday, January 3, 2011

010111 - Alya/alia birthday bash

Gila cepat hannah dah update blog beliau, aku takde time langsung bila mamat Auf asyik nak berkepit aje. huhuhu....


010111- Birthday my BFF eizatul . Pepagi lagi dah call dia kacau2 ... hihi.... lepas tu mandi siap2 kan Auf sebab bonda dah plan nak pergi birthday party baby Alia & alya. Text hannah cakap confirm nak jumpa kat masjid putrajaya sebab tempat tu je yang kiteorang familiar.Hannah siap text cakap nak makan mee rebus daddy dia.... aku pon dalam hati tertelan2 air liur terfikir mee rebus. Haha!

Actually gila gamble nak pegi rumah Ann dengan berbekalkan hanya tahu presint 18 , tapi tak tahu nombor rumah , tingkat berapa..... sekali terfikir nak log in Fb. terus cek pagi sharena , then naseb dia ade tinggalkan number phone , then dia msg number Aan.... fuhhh....memang takdir nak jumpakan kami kan? then kiteorg dapat cari rumah Aan. :)

Betul kate hannah, kami macam pernah berjumpa, Aan sambut dengan mesra, kami berborak sakan macam kawan lama. gelak2.... suap2 anak...kejar2 anak.... hehe. Yess, mamat auf mmg lasak. dia penyekkan nasi impit myiesha, nak cubit pipi birthday girl alia, tepuk dahi anak jue , alif...adoiai.... So bonda agak sibuk meng-kontrol anak bujangnya. hihi.

the cute babies
Alia , Qies , myiesha & A'uf

2 orang budak rambut curly . 
Myiesha punya rambut lebat ...gerammm.


Para bapa semua lepak2 diluar , mungkin diaorang pon enjoy citcat juga kan. :P lagi2 cikmok , sebab dia mmg suka borak and makannn.... hehe. Owh ya , jumpa bloggers jue kat sana , dan baru berkenalan di sana juga. :) so then we all bergambar ramai2 (acara wajib).

Me & A'uf , Hannah & myiesha , Ann & alia , Jue & Alif (pandang sape tu) hihi.

Then kami minta diri untuk ke rumah Nurul di sri kembangan. Tanya2 mett , naseb dia tahu jalan sri kembangan. Gila teror lalu celah2 semua then boleh cari rumah nurul. hahaha. *kagum* . :) we all hanya follow dari belakang.

Sampai sana dah petang sedikit , tapi kami tetap disambut mesra oleh nurul , walaupun nurul penat melayan tetamu dari pagi . Alya pon sedang tidur. penat rasanya dari pagi main2. Siap ada clown. Bonda bawak auf pegi dekat clown , then clown bagi Auf sword n myiesha dapat butterfly. :) This time kami suruh para ayah pegangkan anak2, then kami dapat makan laksaa. hehe. (sebab tadi ayah2 dah makan byk. hehe) dan sambung berborakkkk ....

 the mommies
bonda , mama & mummy

Bila tengok balik semua gambar pose sama je dukung anak. Haha! Then lepas tu kami pon bergerak untuk pulang. 



Seperti myiesha , A'uf pon terus tidur lepas masuk dalam kereta. tak sedar diri sampai ke rumah. haha. Penat betul bersosial hari tu. :) Ape2 pon kami rasa sgt fun that day. 

Mungkin lain kali kite akan buat date lagi...with more blogger's...and more photo. 



:)

Tuesday, December 28, 2010

Auf collection

A'uf collection since he was a baby til now....



....and now aku tahu, aku memang suka membeli kasut anak. haha. tak kira la mahal ke murah ke. asal cantik dimata aku dah la.

from left :
1) Umbro baby soccer shoe which i bought @ a bundle shop when i was pregger , see...bundle pon layan ape
2) Baby Gap flip-flops yang aku dok teruja gile asyik nak beli. haha
3) Baby Mexx - from ummi A'uf
4) Baby Gap shoes which is converse look-a-like. :)
5) Bandung mothercare - ape korang ingat bandung takde mothercare kerr... haha! also from ummi
6) Baby fila - keras-nak-mampus-buat-rugi-duit-je-beli
7) Yang ni adik belikan tapi size besarrr
8) Tollyjoy army shoes - which currently asyik pakai sebab selesa. hoho
9) Nike a.k.a adidas celup - beli kat pasar malam mane tah lupa.


so thats all.
just for sharing. :)




p/s: kang anonymous kate berlagak lak kan bagitahu jenama bagai.... hahaha!



:)

Monday, December 27, 2010

Our 2nd anniversary

To ayah auf ,

Happy 2nd anniversary


i love u ,
Sejak i kenal u dari u kurus..... sampai sekarang yang gagah perkasa. hahahaha.



nikah on 27Disember 08


:)

Tuesday, December 21, 2010

Auf - almost 12 month

It's about another few days before A'uf turns one.... Sejak2 nak jadi orang hampir dewasa ni....macam2 perangai dan geraklaku baru yang entah dari mana dia belajar mula ditunjukkan olehnya.... seperti goyang bahu...berzikir sambil hanguk2 kepala..... joget ala-ala nelly depan tv... cubit perut bonda.... gelakkan orang.... dan macam2 lagi la. Dan dia suka gelakkan kite balik , kalau kite gelakkan dia....dannnnnn......pandai gigit.... lagi2 time menyusu...adoiaiaiaiii....

Oh ya, last week che na Auf iaitu adik kepada cik mok telah selamat di ijabkabulkan dengan pasangan nye. so , last week aku ngan cik mok adalah cuti.... dan alhamdullilah , majlis berjalan dengan lancar walaupun penat.... :P
bonda , Auf dan che na auf on her big day

Owh, mamat ni gigi baru tumbuh 2 batang saje...dua2 belah bawah..... dan on the way gigi atas. tu yang asyik la basah lenjun je baju dia. hehe.

Auf mikail dah pandai senyum.... bila kite ckp, "Auff....smileee" dia akan tunjuk gigi dia..... sambil hidung ternaik. haha. lawak gile. setiap kali nak amik gambar , setiap kali tu lah dia sengih macam tu.... samaaa je. 



Semalam pengantin baru datang rumah kami.... so Auf dah dapat first birthday present from che na. Dari bonda ngan ayah belom lagi.

Oh ya, auf dah bertapak 3-4 langkah..... tapi masih dalam sesi mengimbangkan badan dia..... kadang kala jatuh juga la.... lebam sana sini. tapi nak buat macamana. ini lah dinamakan proses pembelajaran. hehe..








Yang sentiasa menyayangi mu,
-bonda-



:)