Thursday, September 23, 2010

Raya lagi....lagi2 raya.... :)

 *entry byk gambar...(T_T)*

Hehe....
Mungkin ramai dah buat entry pasal raya kan..... sorry lah, bonda busy sikit lepas masuk kerja so tak sempat la nk update blog ke hape kan....lagipon macam xde idea , pastu rasa tak sedap disegenap sudut hati nak menghapdet..... (-,-)...

Oklah....hari raya kami meriah seperti sebelum2 nya , tp lain sikit lah kan sebab , satu beraya dikampung suami.... pess time wooo.... hehe.... and then lagi satu sebab beraya dengan mamat a'uf tu kan...... bonet kete penuh barang dia aje. :P mana tak nye...segala bagai nak hangkut.... nasib la balik dalam malaysia je cik tipah oii...cuba sabah serawak tgk! mau aku kena sewa bonet kapalterbang untuk aku sekeluarga punya barang....:P

this raya jugaklah aku bekesempatan jumpakan auf dengan cousin dia hannah tu....tak kenal? alaaa....budak cute-chubby2 tu....dan this raya jugak beli auf first baju melayu...... first songkok dia walaupon size beso, :) dan macam2 lagi....heee....

ok lah..... tak perlulah bercerita byk...sebab raya pon dah separuh bulan kan....just enjoy the picture k. tata.

Mase ni aku nak tergelak sebab auf cubit belakang badan aku.... :))


Hannah totana.... :)

Pak arab yang lasak..... 



ok lah... bye... thanks for reading. :)

Monday, September 20, 2010

When a'uf meet hannah...

teheee...... raya this year baru bebudak dua ni dapat jumpa.... huuu.....

thanks to my cousin, little miss kechik yang sudi melayan kami semua dirumah muuu..... hehehe.... borak tak henggattt dunia.... :)


p/s: tak sempat nk update.... byk kojer... hehe






:)

Thursday, September 9, 2010

Selamat hari Raya

diucapkan 

Selamat hari Raya
Maaf Zahir & Batin 

kepada semua family , rakan2, kawan2 baik,
dan semua pembaca ,
mahupun pembaca senyap (silent reader) haha.

berhati2 dijalan raya eh. bye


P/s: saya masih kerja...hehe

Wednesday, September 1, 2010

Steamboat antarabangsa

Dah lama tak jalan2 carik pasal makan.... so seperti biasa setiap kali bulan puasa, berkoyan2 jemputan berbuka puasa diterima mengalahkan artis. teheee..... macam biasa helo2 geng sepakat membawa berkat untuk urusan planning..... baru chapter planning dah bergaduh nak makan situ la , sini la...sana ok la... mahal la... hehe. tapi jangan risau, air terjun dicincang tak kan putus punya lah... :)

Setelah lebih 3 hari perbincangan dibuat, ditambah dengan fakta2 yang memuaskan, dan anjakkan paradigma yang telah dikaji,  akhirnya kami dengan sepakatnya memilih steamboat antarabangsa di bangi sebagai port berbuka kami pada tahun ini. Belasah je lah , asal semua setuju.

Ini la dia tempat tu. Kat sini dia buffet style , rm22 per person. Actually aku xde la into sgt seafood2. yelah aku kan alergik. haha. tapi sebab kawan2 xde hal lah. Alergik tetap ku harungi.

Haa.... dah dia tulis 'eat all u can' , kira macam mencabar kite la kan. Dalam hati dorang mesti kata, "hahaha, padan muka korang ,takkan korang larat makan semua ni kan....hahaha padan muka" -_-.

tapi mereka silap...
kawan2 aku adalah spesis tong besar punyaaaa. :) Dorang makan start dari berbuka sampai la restoran nak tutup :P. Kira kalau tokey bagi 2jam buffet, dorang belasah 2 1/2 jam. haa kau!


ko tengok tu.... ni belum buka lagi ni. makanan dah penuh satu meja sampai xde tempat letak tangan dah. :P kira macam berbaloi2 la mereka bayar rate tu kan. Aku? aku makan sikit saje. tehee... bukan diet owh, tp sebab auf merengek2 sebab dia kan selsema. 

Budak selsema , tapi tetap xduduk diam. :)

segala seafood , daging di grill.

buffet area.



kira nya restoran ni owner dia malay. so masa ramadan ni ramai la booked for buffet kan. Dorang ade sediakan surau kecik (kapasiti 2 org) untuk solat dan kemudian leh sambung balik makan. :) Secara jujurnya aku bagi restoran ni 3/5star. (berangan macam jalan2 carik makan :P). Yang paling suka sebab ade choc fountain cecah fruit and marshmallow. huhuhuuuu. 
and seperti biasa gambar kumpulan mesti ada. :) tradisi lah katakan.


Sassaroots , dah 12 tahun kami kawan. 
Moga kawan sampai cucu cicit.
ok , anyway sesapa interested cari tempat2 makan baru boleh pegi sini.
or tengok website dorang.



:)

Monday, August 30, 2010

ubat untuk baby.....

Actually aku dalam fasa xde mood hati xrela dibelengu kesah.... hehe... ala2 badan pergi kerja tapi hati kat rumah.... kat sapa lagi... mamat auf mikail tu la kan.

dah 3-4 hari auf xberapa sihat.... dia punya hidung berlari(runny nose) hehe... xde lah... dia selsema dan batuk berkahak. teruk juga lah aku tgk anak bujang aku tu. comot pon iye jugak. betul2 budak hingusan lah. :)

dia punya batuk macam la org besar. siap merah2 muka dia lagi. kesian gila kalau tengok dia. so aritu cik mok usulkan pada aku soh bawak dia g klinik. well, mcm biasa la kalau kite g klinik mesti la dia bagi ubat selsema , ubat batuk kahak dan antibiotik.... yelah, takkan kite pegi klinik dia counsult kite pree2 je kan.... for sure la ade ubat dan berbayar... kan...kann...kan....

so lepas bawak balik auf dan ubat-ubatan tu, aku actually xberapa gemar bab bagi anak makan ubat ni... sebab mmg byk kali aku baca buku2 dan search kt tenet ubat2 ni tak elok dibagi pada baby under 2year. paling xelok ubat antibiotik tu.... sebab dia menyebabkan hati boleh rosak jika terlalu byk... dan ubat batuk akan menyebabkan anak kite tido je sepanjang hari. dan baby jadi tak aktif. bukan untuk baikkan. bergaduh2 gak la kami laki bini nak bagi anak makan ubat. hahahaha. so aku xberapa suka la pasal ubat2 ni. (kalau ade link atau artikel yang ckp antibiotik tu elok untuk baby 8month sila tepek di comment yer, thanks)...

bukan apa...rasa macam kesian je... kecik2 dah kena makan ubat2an yg xelok tu.... badan masih suci2 lagi... dah kena drugs macam2.... sgt bergantung.... tp apakan daya auf.... bonda terpaksa...terpaksa ikut cakap ayah...karang durhakaaa... hehehe....

so by sekarang ni , alternative lain aku just harap pada BF... and then sapu vicks kat telapak kaki.... dada dan belakang badan. tgh servey2 cara lain yang xde drug. dah aku bondanya kan...mestilah nak yang terbaik.... aku rasa dah cukup...cukuplah drug berkoyan2 dalam badan dia masa sakit dulu.

info :

http://www.aboutlawsuits.com/health-canada-restricts-cough-and-cold-medicines-for-children-2126/


http://www.mhra.gov.uk/Safetyinformation/Safetywarningsalertsandrecalls/Safetywarningsandmessagesformedicines/CON038908



:)

Wednesday, August 25, 2010

Happy 8 month birthday auf

Sekejap je masa berlalu...
A'uf dah 8month dah.... dah chubby sikit...
happy birthday sayang bonda. :)


1)still xde gigi ...:) (takoottt kena bite) huhu
2)still suka mandi..... mandi kat sink pon jadi lah asalkan ade air mengalir. :P
3)baru pandai merangkak beberapa tapak ke depan. tp lebih kepada 'rambo style' haha. laju je dah sampai dapur.
4)tak suka toys sgt. tp suka tayar stroller,slipper rumah,dvd player , cawan kaca.... aduhai...
5)suka solid perisa sayur.
6)pandai geleng kepala. tepuk amai2. buat2 batuk kalau nak attention. jerit kalau geram dan baling barang. :P


Gambar terbaru last saturday , rambut dah tumbuh sikit2 tapi lambat jugak.

:)

Air masak

Kat sini aku nak tanya korang lah kan..... anak korang suka ke air masak(plain water).....
Dulu kan cousin aku kan anak dia , dia letak buah kundur kat dalam air masak tu supaya air masak
tu rasa macam manis buah dan boleh menyejukkan badan..... korang penah buat ke? ok ke eh?

Auf ni macam tak suka sgt plain water. Dia minum 2-3 teguk je la kot. even lepas makan solid. camne tah nak buat.... sebab aku perasan kan bila tak minum byk wee-wee dia macam colour pekat..... dan susah nak poo-poo.....

ke tak payah bagi ...sebab dia dah minum breast milk?

Macamana korang atasi masalah ini kawan2 yang bijaksana?
.... :)