Wednesday, September 1, 2010

Steamboat antarabangsa

Dah lama tak jalan2 carik pasal makan.... so seperti biasa setiap kali bulan puasa, berkoyan2 jemputan berbuka puasa diterima mengalahkan artis. teheee..... macam biasa helo2 geng sepakat membawa berkat untuk urusan planning..... baru chapter planning dah bergaduh nak makan situ la , sini la...sana ok la... mahal la... hehe. tapi jangan risau, air terjun dicincang tak kan putus punya lah... :)

Setelah lebih 3 hari perbincangan dibuat, ditambah dengan fakta2 yang memuaskan, dan anjakkan paradigma yang telah dikaji,  akhirnya kami dengan sepakatnya memilih steamboat antarabangsa di bangi sebagai port berbuka kami pada tahun ini. Belasah je lah , asal semua setuju.

Ini la dia tempat tu. Kat sini dia buffet style , rm22 per person. Actually aku xde la into sgt seafood2. yelah aku kan alergik. haha. tapi sebab kawan2 xde hal lah. Alergik tetap ku harungi.

Haa.... dah dia tulis 'eat all u can' , kira macam mencabar kite la kan. Dalam hati dorang mesti kata, "hahaha, padan muka korang ,takkan korang larat makan semua ni kan....hahaha padan muka" -_-.

tapi mereka silap...
kawan2 aku adalah spesis tong besar punyaaaa. :) Dorang makan start dari berbuka sampai la restoran nak tutup :P. Kira kalau tokey bagi 2jam buffet, dorang belasah 2 1/2 jam. haa kau!


ko tengok tu.... ni belum buka lagi ni. makanan dah penuh satu meja sampai xde tempat letak tangan dah. :P kira macam berbaloi2 la mereka bayar rate tu kan. Aku? aku makan sikit saje. tehee... bukan diet owh, tp sebab auf merengek2 sebab dia kan selsema. 

Budak selsema , tapi tetap xduduk diam. :)

segala seafood , daging di grill.

buffet area.



kira nya restoran ni owner dia malay. so masa ramadan ni ramai la booked for buffet kan. Dorang ade sediakan surau kecik (kapasiti 2 org) untuk solat dan kemudian leh sambung balik makan. :) Secara jujurnya aku bagi restoran ni 3/5star. (berangan macam jalan2 carik makan :P). Yang paling suka sebab ade choc fountain cecah fruit and marshmallow. huhuhuuuu. 
and seperti biasa gambar kumpulan mesti ada. :) tradisi lah katakan.


Sassaroots , dah 12 tahun kami kawan. 
Moga kawan sampai cucu cicit.
ok , anyway sesapa interested cari tempat2 makan baru boleh pegi sini.
or tengok website dorang.



:)

Monday, August 30, 2010

ubat untuk baby.....

Actually aku dalam fasa xde mood hati xrela dibelengu kesah.... hehe... ala2 badan pergi kerja tapi hati kat rumah.... kat sapa lagi... mamat auf mikail tu la kan.

dah 3-4 hari auf xberapa sihat.... dia punya hidung berlari(runny nose) hehe... xde lah... dia selsema dan batuk berkahak. teruk juga lah aku tgk anak bujang aku tu. comot pon iye jugak. betul2 budak hingusan lah. :)

dia punya batuk macam la org besar. siap merah2 muka dia lagi. kesian gila kalau tengok dia. so aritu cik mok usulkan pada aku soh bawak dia g klinik. well, mcm biasa la kalau kite g klinik mesti la dia bagi ubat selsema , ubat batuk kahak dan antibiotik.... yelah, takkan kite pegi klinik dia counsult kite pree2 je kan.... for sure la ade ubat dan berbayar... kan...kann...kan....

so lepas bawak balik auf dan ubat-ubatan tu, aku actually xberapa gemar bab bagi anak makan ubat ni... sebab mmg byk kali aku baca buku2 dan search kt tenet ubat2 ni tak elok dibagi pada baby under 2year. paling xelok ubat antibiotik tu.... sebab dia menyebabkan hati boleh rosak jika terlalu byk... dan ubat batuk akan menyebabkan anak kite tido je sepanjang hari. dan baby jadi tak aktif. bukan untuk baikkan. bergaduh2 gak la kami laki bini nak bagi anak makan ubat. hahahaha. so aku xberapa suka la pasal ubat2 ni. (kalau ade link atau artikel yang ckp antibiotik tu elok untuk baby 8month sila tepek di comment yer, thanks)...

bukan apa...rasa macam kesian je... kecik2 dah kena makan ubat2an yg xelok tu.... badan masih suci2 lagi... dah kena drugs macam2.... sgt bergantung.... tp apakan daya auf.... bonda terpaksa...terpaksa ikut cakap ayah...karang durhakaaa... hehehe....

so by sekarang ni , alternative lain aku just harap pada BF... and then sapu vicks kat telapak kaki.... dada dan belakang badan. tgh servey2 cara lain yang xde drug. dah aku bondanya kan...mestilah nak yang terbaik.... aku rasa dah cukup...cukuplah drug berkoyan2 dalam badan dia masa sakit dulu.

info :

http://www.aboutlawsuits.com/health-canada-restricts-cough-and-cold-medicines-for-children-2126/


http://www.mhra.gov.uk/Safetyinformation/Safetywarningsalertsandrecalls/Safetywarningsandmessagesformedicines/CON038908



:)

Wednesday, August 25, 2010

Happy 8 month birthday auf

Sekejap je masa berlalu...
A'uf dah 8month dah.... dah chubby sikit...
happy birthday sayang bonda. :)


1)still xde gigi ...:) (takoottt kena bite) huhu
2)still suka mandi..... mandi kat sink pon jadi lah asalkan ade air mengalir. :P
3)baru pandai merangkak beberapa tapak ke depan. tp lebih kepada 'rambo style' haha. laju je dah sampai dapur.
4)tak suka toys sgt. tp suka tayar stroller,slipper rumah,dvd player , cawan kaca.... aduhai...
5)suka solid perisa sayur.
6)pandai geleng kepala. tepuk amai2. buat2 batuk kalau nak attention. jerit kalau geram dan baling barang. :P


Gambar terbaru last saturday , rambut dah tumbuh sikit2 tapi lambat jugak.

:)

Air masak

Kat sini aku nak tanya korang lah kan..... anak korang suka ke air masak(plain water).....
Dulu kan cousin aku kan anak dia , dia letak buah kundur kat dalam air masak tu supaya air masak
tu rasa macam manis buah dan boleh menyejukkan badan..... korang penah buat ke? ok ke eh?

Auf ni macam tak suka sgt plain water. Dia minum 2-3 teguk je la kot. even lepas makan solid. camne tah nak buat.... sebab aku perasan kan bila tak minum byk wee-wee dia macam colour pekat..... dan susah nak poo-poo.....

ke tak payah bagi ...sebab dia dah minum breast milk?

Macamana korang atasi masalah ini kawan2 yang bijaksana?
.... :)

Friday, August 20, 2010

To my friend - Effa

Beb...
Aku tau kau sedih.... aku pon sedih sama... but itu adalah dugaan dariNYA...
Aku tau setiap kali semua orang suruh kau bersabar..... senang bukan dengan kata2....
tapi kau kena kuat......
Aku tau betapa sedihnya kau bila kau sms aku semalam.... hati aku serius berdebar2....
Maafkan aku jugak...sebab aku jauh.... nak pergi jumpa kau...nak hug kau.....
Apa yang boleh aku buat....aku doakan kau..... doakan segala kebaikkan untuk kau dan suami.
Percayalah, apa yang Allah dah rancang untuk kita adalah bersebab.....
Mungkin kau akan dapat pelangi satu hari nanti..................

dan yang pasti....2 orang anakmu sedang menunggu disyurga. 



*my friend effa had 2nd time miscarriage anak sulung dia. Sekarang dia dihospital.*

Thursday, August 12, 2010

Puasa....dahulu & sekarang

Syukur Alhamdulillah kerana dah hampir 27tahun bulan Ramadan dah singgah kedalam hidup aku....

Ramai antara kita yang dah dilatih untuk berpuasa sejak dari kecil lagi kan..... begitu juga aku..... even dulu2 selalu puasa sebab nak dapat duit raya lebih , sebab kalau puasa penuh boleh dapat rm30 pada masa tu yang kita anggap macam gila banyak duit sampai boleh beli basikal... :)

Masa tengah mengandung , puasa tu agak mencabar jugalah kan.... mase tu aku telah dalam situasi 'melantak tak hengat punya' kan.... sebab aku tak ada elergi lansung pada makanan ketika itu..... aku dengan makanan memang tak boleh dipisahkan....ibarat kuku dengan isi kuku....ibarat anjing dan bayang-bayang....eh..eh... apesal pulak. teheee......

so pada tika itu aku kira mcm berdoa la banyak2 kan supaya puasa aku ketika itu boleh sampai ke kemuncaknya dengan jayanya..... :) tapi memang miracle lah kan sebab aku sikit pon tak rasa lapar atau nak pengsan akibat terhidrat cecair dalam badan...... apa yang aku buat adalah...sahur tak tinggal dan masa semayang subuh tu aku doa banyak2 kat Allah supaya aku berjaya menahan diri.... dan aku jugak bagitahu A'uf (mase tu dia dalam perut) yang kita sama2 nak puasa esok....awww.....so sweet kan.... kekekekeke...... eh, seriously lah aku buat cam tu.... kira ok lah aku dapat puasa hampir penuh..... aku terkantoi 1hari je sebab xsahur.... dan aku seriously nak pengsan.... tolong la percaya weh..... hehehehe....

So sekarang puasa ketika jadi mak budak..... xada la mencabar mana.... bangun pagi buat sahur simple2 sudaa.... cuma time berbuka tu je la.... time sebok2 aku and hubby nak berbuka....auf pulak sebok nak 'buka' baju aku... hahahaa...ape lagi..... nak 'tut' la...benda yang paling penting dalam hidup dia setakat ini... hahaha..... jadi terpaksa la aku sebelah tangan suap makanan, ambik lauk, minum air, tambah nasi dan ...sebelah tangan pangku anak menetes.... gila hebat. muahahahahaha......

Baru dua hari puasa dah dapat rasa pengalaman baru yang berbeza2 sebab kira first time lah kan puasa ade anak ni....ni baru sorang..sok-sok 2-3-4 haihh macamana la ye...... yang sorang nak kicap , yang sorang nak susu...dengan ayah nak air teh..... hahahahaha..... cabaran akan dtg takperlu fikir dulu la kot. teheeee.....


so macamana ramadan korang? :)


Apa2 pon aku bersyukur sebab dapat lalui semua ni....

Wednesday, August 11, 2010

Topi 5 hengget....

sabtu lepas ayah pegi medical check up dekat PJ.... berdekatan dengan tempat PUREEN warehouse sale.... huhu..... dulu masa preggy bonda ade pegi sekali kan.... this time sebab dah ayah pegi situ so alang2 bonda ingat nk singgah kejap la beli brng top-up auf macam sabun mandi...sabun basuh baju auf.

dah balik kat tepi jalan ade uncle jual snow cap.... mcm2 jenis ada...geram tau. sume 5hengget je.... so bonda belikan auf satu. ( memula nk amik 2 jenis tp ayah dah sound) hehehe.... bukan apa..bonda suka belikan auf sebab nk cover kepala botak auf. beli buat koleksi. :)

Topi 5 hengget..:)