Friday, April 27, 2012

Mode : Its Family Time

Assalamualaikum...

Macam yang aku dok bagitahu dalam blog aku lagi satu tu. Its been a very veryyyy busy month for me dalam this year. Penat gila wa cakap lu. hehe. Rezeki Allah nak bagi kan, memang tak akan dijangka. Mungkin ramai yang beranak kot so ramai yang order gift utk aqiqah/majlis kesyukuran gitu. Sometime sampai terpaksa tolak order sebab kang aku tak terkawal yelah, dengan keluarga lagi dengan anak lagi dengan suami lagi. So kena betul-betul pandai bahagiankan masa which is kadang-kadang aku pon tak berapa pandai nak susun jadual. Kesian auf. :(

Tapi bukan lah tiap-tiap bulan macam ni kan.... Hehehe

So , diatas segala pengorbanan itu... kiteorang akan pergi bercuti lalalala dengan auf dan cikmok. Lamaaaa kot tak pergi bercuti..last kiteorang bertiga adalah tidur dekat hotel kat port dikson tak salah, Tujuan sebab nak bawa Auf mandi pool je. Serius.... kiteorang jarang gila have our own family time yang betul2 berkualiti. Cer tanya auf nak pegi mana, mesti dia cakap nak gi giant sebab tu je la tempat kami selalu bawa dia pergi kalau cuti.Paling tak tahan , bila dia tengok gambar kami pergi snow house hari tu kan (gambar dekat handphone) dia akan cakap

"snowwwwww.....besttttt....besttttt " sambil buat ekpressi muka gumbira. Sedih mak noks! Haha

 So After all thoose betul-betul hard works , sleepless night , less-hugs for my lil A'uf and hubby,marah-marah sebab letih, rengek-rengek Auf nak onde...nak ondeee.... its time for us untuk enjoy this family qualitu time. Apa yang aku begitu eksited about this holiday walau tak seberapa is :

1) Hasil titik peluh sendiri kumpul sikit-sikit tau dalam tabung untuk semua ni. Rasa berbaloi gila spend untuk orang tersayang even kena tidur 4 - 5 jam je sehari.
2) Rasa betul-betul nak rest fikiran dari fikir untuk partime job , design dan office work. Nak enjoyy

Haha. Over rasa tulis entry macam ni. but seriusly, bukan senang tau , sakit tulang belakang semua ade lah. And kami bukan orang senang nak sentiasa holiday bagai sebab aku avoid holiday guna credits cards sebab aku tak suka hutang even hubby ade seketul crdt card. Itu pon aku kawal gila sebab aku takut hutang . So biarlah bersederhana dengan apa yang ada je. Ini pon dah cukup bahagia.


so till then. TATA.


p/s: on planning two more cuti-cuti , so kena working hard lagi lepas ni.


:)


Thursday, April 19, 2012

Kalau rambut lurus

Ayah auf selalu berangan , kalau tiba-tiba rambut anak bujang dia tu jadi lurus satu hari nanti. Penat juga nak yakinkan dia, sikeriting tetap akan jadi keriting awan nano bila dia dah bujang kelak. Ayah auf tak dapat terima hakikat, menegaskan pengurusan rambut keriting adalah susah kerana dia sendiri mengalaminya. :)

Lepas mandikan auf haritu, aku terfikir...macamana agaknya kalau auf berambut straight gila , lembut macam anak cina. Sure muka dia berubah kan. Cepat-cepat aku sikat rambut dia lurus , dan capai kamera dan halakan pada dia. Naseb mood dia baik.

OK...nampak lebih 'jendul'

nanti nak try edit jadi sesuatu...


hehehe