Friday, February 24, 2012

Hello back Malaysia

Baru balik dari sana. :) Will update soon my trip. Banyak sangat gambarnya kena tapis satu-satu. hehe. A'uf? Tak sangka dia ok saja takde nangis2. Cuma dia ada lah bangun 3pagi termenung depan TV. Cuma bonda dia kat sana yang pukul 3 pagi terjaga dan tak boleh tidur. Mmg kuat betullah bonding ibu dengan anak ni.

Monday, February 20, 2012

Bagaimana agaknya....

Dah lama jugak tak coret sesuatu dalam blog cabuk ni. tapi hari ni rasa macam nak tulis sebab hati tak keruan. Atas satu sebab yang aku rasa kalau aku cerita orang kate aku poyo tahpape, emo lepas tu nak touching2 sorang2. Hahaha.



Ok,
22-23hb ni aku akan dihantar outstation ke negara jiran , Singapura. Masalah nya disini, inilah first time aku berani nak tinggalkan Auf tanpa aku disisi dia. Seriusly, inilah first time aku akan berpisah tempat tidur dengan dia. Mungkin bagi orang lain benda ni small matter aje. Tapi bagi aku rasa kekok, rasa janggal anak bukan depan mata aku. Ini pon aku beranikan diri kerana Auf dah tak fully BF , walaupun malam dia masih nens lagi. T_T

Orang lain aku tak tahu la, tapi aku,  serius rasa serba salah. Cik mok takpelah, dia dah banyak kali kot tinggalkan kiteorang pergi sana sini. Bagi dia benda tu biasa aje. Alah, sehari je katanya. Tapi tulah, sape suruh aku dulu biarkan anak melekap kat aku. kan dah sentap sendiri. hehehe. Teringat kate lylie yang sebab tu dia tak biasakan anak tidur bawah ketiak dia.

Ok,
berbalik pada pergi Singapura. Kami semua designer dihantar kesana. Last year dua kawan2 kena hantar ke HK. Lagilah... 4 hari kot. Kali ni pergi dekat pun ok lah, atleast ade timba pengalaman sikit. Dan yang rasa sikit best sebab bos turut kasi tiket masuk USS percuma. huehuehue. teruja, tapi kesian auf kan. bonda je dapat jumpa kungfu panda bagi pihak Auf. Nanti bonda belikan auf souvenir yer. :)



korang ade ke yang first time macam aku ni eh. ceritalah sikit....


p/s: Mak mertua pesan kena lah biasa-biasakan tinggal2 kan anak ni. tapi buat masa ni.... ai cennottt...




:)

Tuesday, February 14, 2012

Time limitation

Sejak dua menjak ni , memang dah jarang aku update blog. Bukak cek pon apetah lagi. Even nak jenguk blog kawan2 pon dah tak macam dulu. serba kekurangan masa.

Kerja di office makin mencabar, dari sehari ke sehari bebanan pikulan bahu makin sarat. Sampai tak tertanggung rasanya. Balik kerja uruskan hal lain, kain baju , anak dan part time bisnes. Ya! aku yang pilih jalan tu kan, so tak sepatutnya aku merungut. Ni bukan merungut hoi! ni luahan perasaan. Haha.

Kadang kala aku rasa nak muntah. Rasa nak muntah sebab penat. Overload.T_T

Mision target aku sebab aku nak beli rumah! rumah ok rumah! modal bukan setakat 2-3 hengget. Main puluh ribu kot. Untuk pekerja kuli bawahan macam aku dengan gaji tak seberapa ni. Makan tahun jugak lah nak kumpul beli rumah. Dan untuk keselesaan anak-anak aku jugak. Niat aku takde lain. Bukan nak bermewah-mewah sangat. Asalkan aku dapat tolong suami sudah. lega hati aku.

Dan disebabkan itulah jawapan untuk orang yang bertanya kenapa aku kerja bagai nak gila buat susah badan aku aje kan. Sebab aku tolong laki aku! ok dah.
syuhh...syuhhh...pegi main jauh2. 


:P

Friday, February 10, 2012

Nak Share

Ustad ismail kamus cakap, jangan dicium anak ketika tidurnya kerana buat dia lebih degil.



Aku dan suami selalu je cium anak ketika dia tidur sebab suka bau yang sedap tu.

Friday, February 3, 2012

Guy's Talk

do they?

hahaha....
*gambar Auf dengan Pakcik dia* 

Other info : Pakcik dia single mingle lagi,  muda remaja gitu , body builder lagi, hahahahha. 
nak number ? mintak Auf. haha.
:)

Wednesday, February 1, 2012

Rasa nak pergi mandi manda

Hari tu balik kampung adik ipar dekat perak, singgah sebentar di air terjun belakang rumah dia. Sejuk. Rasa syiokk sgt sebab dah lama tak pergi mandi-manda. Tujuan pergi tu pon bukan lah nak pegi mandi, cuma nak tengok2 aje.Auf lagi la. Nampak air macam ape je teruja. Bagi lah can kat dia celup-celup kaki je dalam air. Malas nak kasi dia basah.


Now tetiba rasa nak bawak dia pergi mandi-manda cuti ni. Tapi tak mo pergi air terjun sebab laki aku kate takut ade virus kencing tikus (dia la yang kate) so, aku rasa nak pergi bawak auf mandi dimana ye? Rasa-rasa suggest lah kat aku kan mana tempat yang best. Kan best kalau ade blogger gath dekat tempat mandi-mandi lagi. hehehe.



:)