Thursday, February 28, 2013

DIY your aneboda ikea drawer

3 tahun lepas , aku beli aneboda drawer ni dekat ikea dengan harga Rm199. Mase tu konsep bilik mamat keteng adalah putih kan. so mengikut kesesuaian bajet bulanan, aneboda drawer ni je lah yang mampu milik dan cantik dia mata aku. sesuai untuk baju2 baby auf. Lepas beli bawak sendiri. Balik rumah cik mok pasang , bonda dia begitu teruja masukkan semua baju2 baby auf time tu.

Setelah penggunaan 3tahun. aku tak pasti. aku yang ganas ke . atau perabot ni jenis tak tahan lasak. hohoho! hasilnya...


rabak wehhh T_____T

lagi-lagi bila auf dah cukup tinggi dan dah pandai buka tutup drawer dia sendiri. lagi lah makin parah keadaan drawer ni. tak sempat nak guna turun kepada adik nanti.

so...

sebagai alternatif penjimatan maksima. dan hasil google. terpaksalah men DIY balik drawer ni. Struktur dia masih kukuh , cuma drawer bahagian depan tu je yang dah super teruk.

maka terhasillah ini...

hanya beli :
Adjustable rod dekat ikea : RM15+
dua box hitam utk bahagian bawah : Rm7 satu
hanger kecik2 dekat giant : Rm10

taraaa.... jadi lah almari gantung untuk mamat auf. soooo jimat untuk sementara duduk rumah sewa ni ha. nanti dah pindah rumah sendiri. pepandailah buat wardrobe tahan lasak. 

:)

so korang kalau ada masalah yang sama dengan aku. boleh lah buat jugak. settle masalah.

sekian

Tuesday, February 5, 2013

Adik Auf

Adik 26week 4day.
850g

Last week sempat jugaklah pergi buat detail scan untuk si kecik dalam perut ni ha. Paling kiteorang nak cek mestilah jantung dia kan. Masa auf dulu takde buat detail scan ke 3d/4d bagai ni ha... tapi buat maternity photoshoot. 

Kali ni nak bagi adil kat adik. kite buat 3d/4d scan sebagai ganti kepada maternity photoshoot. So far jantung dia ok la. Harap segala2 nya ok sehingga melahirkan dia kelak. Aminnn...

Masa tengah scan dokter cakap mulut dengan hidung sebijik abang dia. Haha. Ibu aku pon selalu cakap macam tu sebab aku asyik nak bergaduh je kan dengan auf. hahaha. auf memang dengki kat aku je. kat ayah dia , dia baikkkkk sangat tau.  Tapi belum tentu lagi yang ni keriting macam abang dia kan. :)

gender? 

owh ... dah tahu dah pon. memang jelas lagi nyata. 
so kami bakal menerima seorang lagi baby boy. Alhamdullilah...
ini semua perancangan Allah, syukur ya Allah. Moga-moga jadi anak yang soleh.

Preparation...
Baru beli peralatan mengepam susu sahaja. list dah buat tapi masa tak mengizinkan.
sibuk dengan tempahan customer sehingga bulan 3. Alhamdullilah lagi itu semua rezeki adik. 

Moga Allah permudahkan segalanya.

:)

btw , sesiapa yang nak murah scan 3D/4D (detail scan) murah, boleh buat dekat 

KLINIK SOFEA , PUCHONG UTAMA.
JALAN PJU 7/3 
BANDAR PUCHONG UTAMA

Shoplot berdepan 99speedmart.
Harga Rm80 sekali print out, report and CD
 Dokter perempuan.

rasanya situ paling murah yang pernah aku tahu la kot. Dan boleh walk-in je terus.
Sebab dia dekat gilos 5minit je dari rumah mak mertua. tu yang teruja lebih tu. hahahaha.