Keluarga mertua aku memang rajin ajak bercuti-cuti. Mungkin sebab ahli keluarga mereka pon agak ramai sebab adik ipar pon dah kawin kan. Kalau belah aku ni, tiga ketul kami adik beradik. yang adik lelaki aku jarang dapat dikesan, yang sorang tu pulak Uitm, ade kelas memanjang, mana lah ade time nak bercuti-cuti macam ni.
Kiteorang stay dekat desa anthurium apartment. Rm250 semalam oklah untuk kiteorang 3 family.
Destinasi pertama yang dituju mestilah pasar malam cameron. Teruja betul macam-macam ada. Cuma nak parking lah susah sikit. berbukit bukau. Kalau aku bawak manual harap maklum le aku takkan bawak. Kalau auto aku boleh consider lagi. haha. gila sume orang park dekat cerun2 aje.
Antara benda yang aku nak cuba masa kat sana. Madu lebah sekali dengan sarang dia. Mungkin ade orang geli bila tengok sarang lebah tu kan, tapi sebab aku biasa makan madu. so saje nak try sebab madu kan memanas kan badan dah elok untuk orang asma macam aku ni. sepotong tu je Rm2.00 .
Target aku laki bini sepanjang pasar malam tu adalah cuba makan2 baru kat situ. So xdelah aku g beli bantal strawberry ke,patung kereta strawberry lah yang berlambak-lambak orang jual kat situ. Semuanya aku kurang minat. Yang aku minat , something new.
cendawan goreng, kim chi goreng dan brokoli goreng.
semua segar2 dan ranggup.
Macam-macam makanan berasaskan strawberry
suasana pasar. Sumeorang pakai baju sejuk . hehehe
Auf ni sejuk2 dia boleh bantai tidur pulak dah.
Lepas dah berjalan sakan. Balik lah kami ke apartment untuk berehat makan malam dan minum teh panas . Malam tu auf tidur awal, jadi kami laki bini lepak dekat balcony feeling2 omputih konon cakap sambil keluar asap kat mulut. kakaka. berangan gila.
Anak bujang dah bangun awal. Mandi menggelupur kesejukkan. Lepas tu paksa dia pakai topi sebab cakap kat dia kalau pakai topi nanti tak sejuk. Terus dia percaya. Hehehe. lepak balcony sambil minum susu suam. :)
Nak jalan mestilah kena bergaya ye tak. Style dah macam hiphop band dah . Kami keluar ke taman strwberry dan taman teh.
view memang cantik lah kan tapi ramai orang
Makan lagi T_T
Itu saja yang nak share. Bagi aku cameron ni best sebab cuaca dia sejuk, sayur dan buah-buahan segar tapi tulah, bab nak kesana agak taklarat sebenarnya. Dalam kereta aku lah paling banyak tidur sebab aku rasa loya dan pening ya amat. tak larat mak noks!