Thursday, May 26, 2011

A'uf new swimware

Dulu dah ade satu actually. Alah, beli yang murah-murah aje asalkan dia dapat mandi pool kan. Tapi sekarang ade yang best punyaaa. Comel gilak. serius weh. Nak ketawa je aku tengok Auf pakai. comel dan kelakar.

Auntie Nur , sahabat satu office belikan dekat hongkong. Dia beli 3-4 helai je sebab mahal sikit la barang kat sana. Dia la yang kata. Even swimsuit macam ni pun harga dia Rm60 duit malaysia. Dapat la Auf merasa swimware mahal sikit. Walaupun nak pakainya sekali sekala. Tapi naseb Auf jenis badan kecik. So boleh la tahan lama sikit kan.

si jambu.

Yang tak tahan ade sayap kat belakang tu ha. Boleh attach dan boleh buka balik.
hahahaha. Kelakar weh.


Ada lagi sehelai , lilo and stich pon comel gila. tapi besar sikit la . Auf kan slim. Tapi aku try kan jugak lah dekat dia. Saje nak ambil gambar sebelum pulangkan kepada tuannya. Hahaha. Eh, kalau korang nak lilo & stich ni boleh lah beli dengan Auntie Nur tu. Tapi kan, ade sehelai je la.. Yelah, kan dia beli 3-4 helai je kat hongkong haritu. Tapi baby kena badan chubby sikit kot baru lawa. Sebab besar.

eceh..malu-malu pulak nak ambil gambar

seluar dia macam spender gitu. Bukan satu suit sebab tu longgar.

Sekian terima kasih.

:)

Wednesday, May 25, 2011

Lampu penyelamat masa

Hari ni wednesday, tapi takde entry wordless sebab nak bagi penghargaan pada sesuatu. Iaitu lampu ini ,




Sejak traffic light ini ditukarkan kepada lampu-dua-hala, kehidupan aku macam ceria sikitlah kan. Kerana dialah aku boleh keluar rumah dalam pukul 8.15 pagi .

Kalau dulu pukul 8.00 pagi lagi aku dah start enjin kereta. Memang beza cuma 15minit, tapi bagi aku 15minit tulah masa berharga yang boleh aku luangkan pada Auf. Dan aku tak perlu bekejar-kejaran ke pejabat dan dalam 15minit tulah Auf berjaya mencomotkan baju aku dengan sarapan paginya. 

aaAAaaahhhHHhhhh......indahnya!



p/s: aku pon tak tau kenapa aku tulis entry macam ni. haha!



:)

Monday, May 23, 2011

Auf dan puppet




Ini hokaido. 

Seekor puppet yang aku beli dekat bundle. Sejak ade puppet ni , kadang-kadang Auf macam dengar cakap jugak lah. Suruh salam, dia salam hokaido. Suruh kiss, dia kiss hokaido. Suruh baring, dia baring tapi hokaido kena baring sebelah. Tapi bila hokaido nenen dia marah, tarik kaki puppet dan baling jauh2 dalam khemah bola dia. hahaha. dasar cemburu!

Tapi kan bila fikir balik, kenapa dia ikut cakap puppet (tangan aku) dari ikut cakap aku. Kalau aku cakap kiss bonda, ikut mood dia la weh nak datang kiss aku kan. haha. Tapi tulah. Aku pelik. Kenapa hokaido yang takde rambut, berwajah bulat , bermata sepet itu menjadi pujaan hatinya.

Setelah aku search di google.  Aku dapati

"All puppets come to life as characters. They can portray different personalities and various traits and they cross all cultures. Puppets can share joy or sadness; they can be naughty or good, cheeky or shy; and when a child is engaged by a puppet they can learn lessons without even realising.
Puppets provide an essential link between learning and play which makes them wonderful teaching tools for at home, the classroom and in the wider community."


so mungkin aku boleh gunakan hokaido sebagai pembantu aku kan. Sebab bila hokaido makan, auf pon cepat-cepat nak makan. 

pelik kan, tapi benar.


:)

 

Friday, May 20, 2011

Happy Birthday You !

Lagi dua hari birthday cikmok. Tapi rasa macam nak ucap awal-awal je sebab nak jadi orang terawal wish dia. dan takde surprise2 pon sebab dia ada plan dia sendiri on that day.

Tak biasa dan tak tahu nak ucap macamana.Memang orang tak reti nak jiwang-jiwang sgt. hehe. but, just want to wish you happy birthday. Sorry takde hadiah mahal2... but i buatkan u this video bila i ade free time kat office. Save tau dalam handphone you. Nanti you boleh ulang-ulang tengok hari-hari. hehe. It takes me 1 week tau nak kumpul gambar and fikir jalan cerita tau. oklah.

Tunggu dia loading dulu. :)


video



Happy birthday You.

Thursday, May 19, 2011

Education toys

Kadang-kala kita pening memikirkan alat permainan yang sesuai untuk anak-anak kita. Begitu juga aku, nak beli pistol kang , ia terlalu ganas la pulak kan. Nak beli leggo pon Auf belum pandai nak susun-susun lego. silap2 dia baling sana sini.

Aku taklah terlalu dambakan anak aku dengan toys. Aku lebih suka beli buku. Tapi sebagai seorang kanak-kanak, toys adalah sesuatu benda yang tidak boleh dipisahkan dengan mereka. Cuma permilihannya adalah bergantung kepada ibu bapa. Terpulanglah, tepuk dada tanya selera dan poket juga.



Aku diperkenalakan USL Education toys oleh sahabat satu office. Terletak di tingkat 2 sebuah pasaraya disubang jaya iaitu Summit USJ, aku seakan tidak perasaan akan kehadirannya walaupun dah beberapa kali aku pergi ke sini. USL education toys menjual pelbagai toys untuk pembelajaran.


Pertama kali aku kesana aku terfikir, macam best gila lah kedai ni. Macam-macam education toys ade. Bewarna-warni pulak tu. Tapi takes time jugaklah nak belek satu-satu kan. Haha! Puppet pon ade tau. Ha, ade satu cerita pasal Auf dan puppet. Lain kali cerita.


Dan akhirnya aku decide nak beli ini untuk permulaan.






Fruit puzzle. Boleh letakkan mengikut shape yang diberikan.






Dan korang boleh tengok website dia sebelum kekedai dia untuk memborong.





:)

Wednesday, May 18, 2011

it's technology bebeh!

Budak memang addicted to phone. Suka sangat nak main phone. lepas tu geram baling pulak. Auf pon sama. suka main phone lagi-lagi dia tahu yang dalam phone tu ade cerita kegemaran dia pocoyo. celik je mata nak tengok pocoyo. haha.

Dulu ayah dia boleh lah lock phone tak kasi dia main. sekarang dia pandai dah 'unlock' sendiri. dan tetiba akan call sesape tah dalam list tu ikut suka hati dia. Dan , dia boleh bezakan unlock handphone ayah dia dengan unlock handphone aku macamana. sabo je lah.

Kanak-kanak sekarang cepat dewasa.

video

Monday, May 16, 2011

Jasmine Zara back

Entry terdahulu 

Auf dengan jasmin ni dah macam kembar aku tengok. Yelah, dia anak cousin aku yang lahir selang sehari. Dah lama gila tak jumpa dia sebab diaorang ni duduk dekat muar, so bila balik kampung baru la dapat jumpa kan. Sekali jumpa je dah besar...sekali lagi dah besar lagi. hehe. Dulu, auf sangat keding dan jasmin chubby gila.


korang tengok la tu. peha auf alahai halus gila la. tapi tak kesahlah kan, asalkan dia sehat dan membesar dengan jayanya kemudian hari. gemuk kurus pon anak aku jugak. huuhu


Second time jumpa auf dah gemuk sikit sebab kuat nenen. haha. tapiii.... Jasmin lagi chubby. tinggi plak tu. 

and now, jumpa balik dan masing-masing dah pandai berjalan. pandai berlari. pandai ajak pegi playground. perkembangan semua sama. berat badan dah hampir sama. sampai ada tanya kembar ke. Kembar ape nye kak, sorang keriting sorang rambut lurus. Haha



Mungkin lepas ni jumpa jasmin masa dia dah lagi besar. Cepat betul anak-anak ni besarkan.

Wednesday, May 11, 2011

Wordless Wednesday _06

Tuesday, May 3, 2011

Genting

Actually memula takde la beriya sangat kan plan nak pergi genting ni. Padahal kabel car genting bukan main dekat lagi dengan rumah ibu aku kan. Sebab selalunya nanti beriya-iya plan sekali tak jadi mak akan sentap lebih noks. haha!


Seperti biasa, bonda lah yang selalu lebih-lebih plan bagai. 

Disebabkan cuti 3 hari , fikir-fikir apelah aktiviti yang boleh dibuat dengan gaji belum masuk lagi. so pergi yang dekat-dekat je lah kan. Takyah fikir nak tido sana bagai, tidur rumah sendiri sudah. Cuma rasa nak spend time dengan Auf lebih sikit sebab seminggu dah asyik kerja je kan.

So pergilah kami bertiga ke genting. 


 Ini cabel car. Tiket naik benda ni satu hala adalah rm5. Masa naik benda Auf dengan Ayah behaved gila la diam keras, dan berpura-pura menikmati alam sekeliling. Tiba-tiba jadi pencinta alam. padahal cover line cuak.


 Okeh, tangan gebu tu milik Auf mikail. Cute but montoks.


Lepas masuk outdoor park tu kiteorang macam tak tahu nak buat ape. So , sebab plan adalah untuk jalan-jalan je lah kan, kami pon tawaf lah park tu sambil ambil-ambil gambar.

Bonda tgh mendukung anaknya yang manja


Ayah dengan Auf depan chocolate wonderland.



Dan aku rasa benda yang Auf excited dan happy the most adalah playground dia. Dia suka sangat sampai nangis-nangis tak mo balik. Padahal aku tengok biasa-biasa je. Haha. Mungkin sebab main di playground dengan cuaca sejuk adalah sangat best kot.


Total kitaorang berada digenting tu dalam 4 jam aje. lepas Auf tertido kepenatan kiteorang pun balik lah kebawah kan. Even 4jam rasa seronok dan gembira lagi-lagi bila spend time dengan anak dan suami. This is what i call quality time. :)


:)